Assalamualaikum wbt klien yang dikasihi.
Apa khabar?
Kucing kesayangan di rumah sihat?
Kami nak kongsikan kisah seekor pesakit kami yang mulutnya sangat busuk, dan kurus kering kerana seminggu tak berapa lalu makan.
Kesian si Comel ni. Umur tak tua pun. Baru 2 tahun lebih.
Rekod kesihatan selama ni semua cantik. Vaksin, ubat kutu dan ubat cacing dapat on time.
Makanan kegemaran dia tuna dalam tin yang ada jelly tu. Setiap hari 2 kali sehari dia akan dapat makan makanan faveret dia, selain makanan kucing kering jenama Royal Canin tu.
Bila dia datang tu, mulut dia busuk sangat. Air liur dia pekat warna kuning kehijauan. Tepi mulut dia, semua kotor. Badan dia pun comot dan berbau sama macam mulut dia.
Kalau dia sihat normal, mesti cantik rupa dia. Bulu panjang tu sekarang ada yang dah bergumpal teruk.
Bila dibelek-belek, rupanya gigi geraham atas kiri kanan rosak dan kotor. Plaque gigi besar melekat kat geraham tu. Gusi sekeliling gigi tu semua bengkak dan merah. Akar gigi tu dah bogel. Nasib baik gigi tu tak longgar.
Keadaan gigi Comel ni keterukannya Grade 4. Boleh rujuk carta yang kami kongsikan di bawah.
Bukan itu sahaja, tonsil di belakang mulut dia dah bengkak sangat-sangat sehingga macam nak terkeluar. Patutla dia tak nak makan. Pedih tu!
Mama Comel cakap, dia tak perasan pun gigi Comel teruk macam tu. Yang dia perasan, akhir-akhir ni Comel ni busuk semacam.
Bahaya sebenarnya bila gigi rosak pada kucing ni. Bukan setakat menyebabkan mulut berbau dan tak nak makan je. Tapi, jangkitan bakteria dari gigi rosak tu boleh masuk dalam darah, dan pergi keseluruh badan dan rosakkan organ dalaman seperti jantung, buah pinggang dan hati.
Alhamdulillah, sekarang Comel dah sihat selepas scaling dibuat pada gigi dia. Ujian darah dia pun menunjukkan organ dalaman dia ok, walaupun hari tu Comel sedikit dehydrated.
Comel balik dengan beberapa ubat, termasuk toothpaste dan oral mouthwash supaya di masa akan datang, gigi dia tak teruk macam sebelum ni lagi.
Jadi, belek-beleklah mulut kucing kesayangan kita di rumah. Ok ke KO mulut mereka?
Grade berapa kerosakan gigi mereka?
Pengumuman:
Kami di HoneyVets ingin menawarkan DENTAL SCALING FREE kepada semua kucing klien yang datang untuk prosedur pemandulan dan beberapa prosedur lain.
Ini sempena perpindahan kami ke tempat baru. 😊
Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi hotline kami di 019 3473717 atau 03 89586669.