Assalamualaikum wbt semua.
Bermula esok, kemungkinan besar ramai antara kita yang berhajat mengadakan Open House Raya.
Memandangkan post kami di facebook page berkaitan dengan orang yang fobia kucing, atau nama lainnya AILUROFOBIA.
Artikel kali ini bukan semata-mata untuk kepentingan tetamu yang fobia kucing sahaja, tetapi sangat penting untuk kucing kita yang bakal stres menghadapi tetamu-tetamu kita.
Isunya, orang yang fobia kucing akan bertindak secara spontan apabila kucing mendekati mereka.
Mungkin mereka akan tak sengaja tersepak kucing, terpukul kucing atau tertepis kucing.
Orang yang fobia kucing tak semestinya bencikan kucing. Ada antara mereka yang takut atau geli pada kucing.
Yang catlovers tak boleh salahkan mereka 100% kerana menghidapi masalah sebegini. Ini mungkin berlaku atas pengalaman pahit mereka sewaktu kecil.
Oleh itu, kita sebagai pemilik kucing dan tuan rumah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan kucing kita dan menghormati tetamu yang kita jemput.
Berikut adalah perkara-perkara yang kita boleh lakukan:

#1 Kurungkan kucing di dalam sangkar atau sebuah bilik sepanjang open house diadakan.
Ini bagi mengelakkan mereka stres dengan tetamu-tetamu yang datang, dan bertempiaran lari menyelamatkan diri, lalu hilang tanpa dikesan.
Tetamu yang paling kucing takuti ialah anak kecil yang belum mengerti cara sebenar memegang dan melayan kucing dengan lemah lembut.
Sesetengah kucing juga fobia kepada mereka yang catlovers yang suka menggomol serta peluk cium mereka tanpa 'belas kasihan'.
Selain menyelamatkan kucing, kita juga bakal mengelakkan kejadian tetamu cedera tanpa sengaja akibat dicakar atau digigit kucing yang sedang stres dan berasa terancam.
#2 Tempatkan sangkar atau kucing di bahagian rumah yang paling kurang bising.
Biasalah kalau rumah kita dah ramai dengan orang, pelbagai bunyi akan kedengaran. Hingar dengan tawa riang gelak tawa tetamu yang hadir seronok berborak.
Bagi kita, suasana meriah ini menyeronokkan, tetapi kontra dengan kucing kita. Mereka sukakan ketenangan yang biasa mereka peroleh di rumah, jadi riuh rendah akan memberi tekanan kepada mereka.
Apatah lagi, di masa itu ada yang bermain mercun dan bunga api. Lagilah kucing kita akan trauma. Jadi, sebaiknya tempatkan mereka di kawasan paling sunyi dan kalis bunyi di rumah.
Di sini ada satu video tips dari Feliway untuk membantu kucing ketakutan akibat bunyi mercun dan bising.
#3 Letak kucing di tempat yang sukar diakses oleh tetamu.
Ini bagi mengelakkan kucing kita dipegang dan dikeluarkan dari sangkar tanpa kita sedar. Mestilah kita masa tu sedang sibuk memasak dan layan tetamu, jadi kita mungkin tak sedar apa yang berlaku sepenuhnya di segenap rumah kita.
Jika kucing diletakkan di dalam bilik, kunci bilik tersebut supaya kucing tak terlepas keluar jika ada tetamu yang terbuka pintu bilik tersebut.
Lagipula, kita nak mengelakkan kucing kita dari mendapat jangkitan kuman yang tak diingini. Kita takkan dapat kawal semua tetamu yang hadir.
Mungkin akan berlaku, tetamu mungkin dah beraya di rumah lain dan belai kucing lain (yang mungkin carrier virus), dan bila di rumah kita pula dia belai kucing kita tetapi terlupa untuk disinfect tangan terlebih dahulu.
#4 Kucing juga boleh dihantar untuk boarding di cat hotel jika risaukan keselamatan dan kebajikan mereka semasa open house diadakan.
Bagi yang sangat risaukan kucing berada di rumah sepanjang Open House berlangsung, bolehlah menghantar kucing untuk dijaga oleh orang lain.
Apa yang kita perlu pastikan ialah, penjaga kucing kita tu boleh dipercayai dan sayangkan kucing.
Tips untuk memilih tempat boarding kucing, kami pernah kongsikan di sini.
Apa yang kita perlu pastikan ialah, penjaga kucing kita tu boleh dipercayai dan sayangkan kucing.
Tips untuk memilih tempat boarding kucing, kami pernah kongsikan di sini.
Ok. Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini.
Selamat sambung beraya dan beropen house. Raya kan sebulan? =D
Nak tips terus ke handphone?
Jom join sini Channel Tips Kucing.