Assalamualaikum wbt.
Masha Allah, Ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa jam saja lagi.
Mungkin ramai yang sudah sampai di kampung halaman.
Baru-baru ini, kami ada ternampak di facebook viral tentang pasangan suami isteri bawa balik 50 ekor kucing ke kampung halaman.
Ada juga yang bawa balik kucing kesayangan menaiki motorsikal.
Kagumnya melihat kegigihan mereka ini.
Jadi, kali ini kami ingin kongsikan tips bawa kucing pulang ke kampung.
Walaupun sudah agak terlambat, tapi better late than never kan?
Ikuti tips-tips tersebut di bawah:
1. Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
2. Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing beraptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar.
3. Jika kucing jenis sangat penakut, maka jelas sekali kucing memerlukan 'pertolongan' untuk membuatnya tenang. Mohon bawa ke berjumpa Vet bagi mendapatkan nasihat yang sesuai.
4. Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan.
5. Tutup sebahagian ruang terbuka carrier supaya kucing lebih tenang.
6. Seeloknya mulakan perjalanan di malam hari kerana suhu yang lebih sejuk. Kucing mempunyai suhu badan normal yang lebih tinggi dari manusia. Dan, mereka tak mampu membebaskan haba seperti kita. Jadi, mereka lebih mudah terkena strok haba.
7. Elakkan memangku kucing di atas riba jika terpaksan bertolak pada cuaca panas. Ini akan membuatkan kucing lebih mudah terkena strok haba.
8. Sebaiknya, seekor kucing, satu carrier. Ini bagi mengelakkan kucing yang mudah upset bila nervous mencederakan kawannya.
9. Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah dengan banyak.
10.Sediakan barangan keperluan mereka dengan secukupnya lebih awal. Bawa segala dokumen berkaitan kucing sebagai langkah berjaga-jaga.
11.. Simpan semua alamat dan nombor telefon Klinik Veterinar yang beroperasi semasa Raya yang terletak sepanjang perjalanan balik kampung. Ini akan memudahkan kita jika ada kecemasan berkaitan kucing berlaku dakam perjalanan.
12. Seeloknya, bawa sekali sangkar kucing yang cukup besar untuk menempatkan kucing di kampung. Elakkan melepaskan kucing bebas di kampung kerana kebanyakan kucing yang tak biasa di tempat baru akan menghilangkan diri tanpa dikesan. Kucing memerlukan 2 minggu untuk menyesuaikan diri dan 'ingat' tempat baru.
13. Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta.
14. Tempatkan kucing di temlat paling sejuk di dalam kereta. Elakkan temlat yang tak terkena aircond.
15. Sediakan leash kucing. Ini penting jika kucing 'membuang dalam carrier mereka. Pastinya kita ingin cuci carrier dan juga kucing yang terkena kotoran. Pasangkan leash sebelum pintu kereta dibuka atau membawa mereka ke tandas. Pastikan leash kukuh dan dipegang kemas supaya kucing tak mudah terlepas.
16. Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, panting dan air liur meleleh.
17. Di kampung, elakkan kucing dilatakkan di tempat yang sibuk, di mana ramai yang akan lalu lalang. Mereka yang sudahoun stres akan bertambah stres dengan kehadiran orang baru.
18. Pastikan kucing sudahpun diberikan ubat kutu dan ubat cacing sebelum ke kampung. Walaupun kucing dikurung, ini tidak menjauhkan mereka dari terkena kutu dan sengkenit. Kerap kali kes kucing dihinggapi kutu lembu jenis ticks apabila berada di kawasan yang ada ternakan.
19. Bawa sekali ubatan mereka dan jangan lupa memberi mereka ubatan mengikut masa yang ditetapkan walaupun kita sibuk dengan urusan persiapan Raya.
20. Sampai sahaja di kampung, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka. Fan, kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.
Sekian sahaja tips dari kami kali ini.
Kami ingin ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini yang tak putus-putus menyokong kami.
Kami mohon halalkan yang terkurang, dan kami halalkan mana yang terlebih.
Semoga Aidilfitri kali ini, silaturrahim kita lebih erat.
Untuk mengetahui apa-apa tips terbaru dan pengumuman daripada kami, dijemput join bilik channel kami di
telegram.me/tipskucing
Jika mahu bertanya soalan, boleh telegram atau whatsapp 0193473717.
In shaa Allah, walau lambat kami tetap jawab.
Sekian. Berjumpa lagi di lain waktu.
Kami akan share Tips Kucing Lepas Raya pula. So, stay tuned.