Assalamualaikum wbt semua pembaca yang dikasihi.
Semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT.
Ramai yang sudah bertolak balik ke kampung halaman, atau sudahpun sampai di kampung halaman.
Kami tahu, tak semua orang yang mempunyai kucing akan meninggalkan kucing di tempat Boarding Raya, dan lebih rela meninggalkan kucing di rumah sahaja.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan sebelum meninggalkan kucing HOME ALONE di rumah sepanjang Raya.
- Tinggalkan kucing tak lebih dari 3 hari berturut-turut.
- Seeloknya beri makanan kucing yang didesain untuk kurangkan bau najis. Selalunya yang dinamakan ‘Indoor’ atau yang organik. Makanan kucing organik telah dibuktikan secara saintifik dapat mengurangkan bau najis kucing, kerana tiada penggunaan bahan kimia yang boleh menganggu kehidupan bakteria baik di dalam usus.
Contoh makanan kucing yang dikhaskan untuk kucing yang 100% dijaga di dalam rumah. - Gunakan autodrinker atau lebih elok waterfountain. Jika tiada keduanya tadi, gunakan bekas minuman besar, contoh sebesen kecil untuk seekor kucing dewasa. Pastikan kucing tak berpotensi lemas dalam bekas air tersebut.
- Tinggalkan kucing di satu bilik atau ruang sahaja. Lagi besar ruang, lagi besar peluang cedera.
- Pastikan pengudaraan ruangan tu bagus. Hidupkan kipas atau exhaust fan, air purifier, buka tingkap (pastikan ada netting)
- Letak bekas pasir kucing ekstra. Kalau sekor kucing, letak 2 bekas. Kalau 2 ekor, letak 3 bekas.
- Simpan semua benda tajam dalam almari berkunci atau bertutup.
- Simpan semua bahan beracun seperti sabun, ubatan dan alatan kebersihan dalam tempat tertutup
- Pastikan plastik dan beg disimpan rapi
- Segala bentuk benang dan tali yang boleh ditelan juga dijauhkan dari tempat tinggalkan kucing
- Pakaikan nail cap pada kucing, supaya tak mencakar perabot atau langsir.
- Tinggalkan kunci rumah dengan sesiapa yang dipercayai, jiran tetangga atau saudara mara supaya apa-apa masalah kecemasan kita nampak dalam CCTV, mereka boleh bantu.
- Wayar eletrik, kemaskan dan bungkuskan. Supaya kucing tak gigit dan terkena renjatan. Mana-mana alatan eletrik yang tak digunakan,seeloknya cabut plug, bil eletrik pun lebih jimat
- Sediakan kotak atau tempat bersembunyi. Supaya mereka rasa selamat dan kurang stres jika ada yang dalam kejiranan tu main mercun.
- Bekas makanan dan bekas minuman tak semestinya letak bersebelahan. Ada kucing tak suka aturan sebegini. Jadi, bekas air letakkan jauh sedikit dari bekas makanan.
- Kucing berbulu panjang, eloklah dishave siap-siap supaya masa tiada siapa yang jaga, bulu kucing tak bergumpal teruk bila tak dapat disikat setiap hari.
Tips ni tak sampai di sini sahaja.
Mungkin ada banyak lagi penambahan mengikut situasi, pengalaman dan jumlah kucing yang nak ditinggalkan.
Kami harap ada lagi yang sempat mengaplikasikan tips ini sebelum pulang beraya.
Oh, tips ni boleh digunapakai bukan sewaktu cuti Raya sahaja. Cuti lain pun boleh. Hehe.
Sekian dari kami.
Teruskan membaca dan follow kami di sini.
Ok, dah boleh sambung menganyam ketupat, gaul dodol, bakar lemang dan sebagainya.
Terima kasih. Wassalam wbt.
P/S: Kami belum nak buat ucapan Raya. Terlalu awal. Ada lagi hutang tips kami belum bayar lagi ni. Adoi. Kami ucap di artikel akan datangla ye.