Assalamulaiakum wbt semua pembaca yang dikasihi.
Masha Allah. Dalam tak sedar kurang 10 hari lagi kita dalam Ramadhan.
Maka, kita ada lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk membuat persediaan untuk kucing kita samada masuk Cat Hotel Raya, ditinggalkan di rumah ataupun di bawa bersama balik ke kampung..
Dalam masa seminggu ini, apa yang kita boleh lakukan?
Ingat lagi Jadual Penjagaan Kucing Ramadhan yang kami pernah share beberapa minggu lepas?
Dalam minggu ke 3, ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk kucing kita seperti,
👉 membawa kucing untuk implan mikrocip jika mereka masih belum ada.
Apa pentingnya mikrocip?
Kami nak cerita salah faham tentang mikrocip sebelum cerita apa pentingnya mikrocip.
Akan ada yang fikir mikrocip ni merupakan satu device di mana kita boleh track kucing kita.
NO. Itu salah sama sekali. Mikrocip hanyalah sebesar sebiji beras dan menyimpan 16 digit nombor eksklusif.
Beginilah rupa sebutir mikrocip yang telah diimplan ke bawah kulit seekor kucing di antara dua tulang belikat. |
Mikrocip tidak mempunyai GPS, kerana itu bukan fungsi mikrocip yang sebenar.
Mikrocip adalah bertujuan untuk memberikan kucing kita satu ID.
Sama seperti kita diberikan no IC atau anak kita diberikan nombor surat beranak.
Beginilah mikrocip 'dibaca', iaitu meggunakan microchip reader. Microcip ini mempunyai satu set 15 digit . Sekarang, kebanyakan mikrocip adalah dalam set 16 digit nombor. |
Walaupun kita sudah ada nama, kita tetap perlukan ID, kan?
Sama juga seperti kucing.
Kami ada kisah berkaitan mikrocip dan menjadi satu tragedi selepas Raya buat seorang klien kami yang tak mungkin akan kami lupa.
*****************************
Oyen Yang Hilang Seminggu
Kisah kucing bernama Oyen (bukan nama sebenar) ni berlaku pada raya 2 tahun lepas.
Mama Oyen hantar Oyen ke satu tempat boarding ni.
Lepas balik Raya, Mama Oyen jemput dia balik tanpa sedar yang Oyen di dalam carrier yang diserahkan kepadanya tu sebenarnya bukanlah Oyen sebenar.
Kucing tu rupa je seakan Oyen. Hakikatnya memang kucing lain yang warnanya sama.
Bila sampai rumah, baru Mama Oyen sedar yang kucing dia bawa balik tu bukan Oyen yang disayang.
Maka, terpaksalah Mama Oyen bawa balik kembar Oyen ni ke tempat Boarding tu untuk jemput balik Oyen sebenar.
Sampai di tempat Boarding tu, keadaan jadi kelam kabut bila Oyen sebenar dah pulang bersama orang lain.
Tempat Boarding tu ambil masa seminggu untuk dapatkan balik Oyen sebenar.
Bayangkan keresahan Mama Oyen masa tu.
Oyen pula memang belum pasang mikrocip.
Nasib baik selepas seminggu, Mama Oyen dapat balik Oyen. Oyen nampak trauma masa tu.
Dan nasib baik orang yang tersalah ambik Oyen tu nak pulangkan Oyen balik.
Kalau orang tu tak nak pulangkan, macam mana?
Mama Oyen tak ada bukti kukuh menyatakan yang Oyen tu milik dia.
Kembar Oyen pun memang seakan sama dengan Oyen, dan owner kembar Oyen mungkin selama seminggu tu menggap Oyen tu kucing dia sendiri.
Jadi, mikrocip ni penting untuk membezakan kucing yang seakan sama.
Dan, dengan mikrocip ni la kita ada bukti bahawasanya kucing kita tu kepunyaan kita.
Takkan disebabkan satu langkah kecil, iaitu tak memasang mikrocip pada kucing, kita bakal hilang kucing yang kita sayang sampai hujung nyawa ni selama-lamanya kan?
Begitulah kisah Si Oyen yang kurang bernasib baik.
Identical twin cats. Bagaimana secara mata kasarnya kita dapat memezakan mereka berdua ni? Bagi yang biasa dan kenal mereka, ia mungkin senang. Tetapi, apa buktinya yang seekor itu adalah Naughty,( contoh) dan seekor lagi adalah Cutey (contoh)? |
***********************
At least Oyen beri tauladan dan pengajaran buat kita supaya beringat sebelum kena.
Jadi, kepada sesiapa yang dapat pengajaran tu, cepat-cepat bawa kucing pasang mikrocip sebelum masuk Boarding Raya nanti ya.
Kepada yang dah pasang mikrocip pada kucing kesayangan tu, SYABAS diucapkan. Kalian memang ohsem!
Sampai di sana sahaja perkongsian kami pada kali ini.
Akan disambung lagi beberapa kali sebelum Aidilfitri.
banyak sangat benda berkaitan KUCING & RAYA yang kami ingin share ni.
Nak tips-tips penjagaan kucing direct ke handphone?
Jom join Bilik Tips Jaga Kucing ni.
Wassalam wbt.