Assalamualaikum wbt semua.
Berjumpa lagi kita pada kali ini dengan topik yang hangat setiap kali selepas Raya.
Setiap tahun, kami tak lari dari terima komplen,
"Kucing saya sakit selepas balik dari Boarding Raya."
Walaupun kita belum habis puasa, dan topik ni selalunya hangat selepas Raya. Kami tetap nak hangatkan topik ni sebelum Raya menjelma.
Kenapa tu?
Supaya kita semua lebih bersedia.
Kucing kita tak mungkin rasa sebegini 👆 semasa Boarding Raya.
Ataupun begini,
sepanjang peninggalan kita menyambut Raya di kampung.
Most of the time, kucing akan rasa sebegini 👇 semasa Boarding Raya.
Miserable giler aku ni oi! |
Kenapa kucing senang sakit semasa boarding, terutama boarding ketika raya?
Kucing adalah haiwan yang sensitif dan sukakan rutin. Jadi, apabila ada perubahan persekitaran berlaku, mereka akan mudah rasa terancam.
Apabila mereka rasa terancam, mereka akan stres atau tertekan. Emosi mereka akan menjadi tak stabil. Apatah lagi apabila terpaksa berjauhan dari famili.
Semasa Hari Raya, hampir semua tempat boarding kucing penuh dan di tahap maksima.
Pada saat ini, kucing-kucing yang terpaksa berhadapan dengan persekitaran lain yang tak sama dengan rumah mereka, terpaksa berhadapan juga dengan kucing lain yang asing sebagai jiran untuk minima 3 hari.
Bayangkan jika kita terpaksa duduk bermusafir dan terkurung bersama total stranger berhari-hari? Pasti kita pun stres.
Apa bahaya stres kepada kucing?
Stres menyebabkan pengumpulan hormon cortisol di dalam badan kucing.
Hormon ini akan membuatkan badan kucing lemah dari segi menangkis penyakit.
Maka, di saat itu kucing sangat mudah dijangkiti selsema dan sakit mata. Bermula dengan hanya mata berair dan bersin sekali sekala serta kurang selera makan.
Kesian mereka. Di saat kita bergembira di Hari Raya, kucing kita terpaksa berhadapan dengan saat-saat getir dan melaluinya sendirian terkurung di bawah jagaan orang asing dan dikelilingi rakan-rakan asing yang sama-sama sedang stres.
Ia berlarutan selama beberapa hari, sehinggalah di saat kita menjemput mereka selepas pulang dari kampung, kucing sudah selsema teruk, mata bengkak serta badannya susut dengan ketara.
Bagi yang tak bernasib baik, stres mereka berlarutan sehingga tak tertahan dan membawa kepada kematian.
Jadi, bagaimana kita nak elakkan kucing kita jadi mangsa stres sebegini?
Kami dah sediakan tips-tips seperti di bawah ini,
Rutin Penjagaan Kucing Sepanjang Ramadhan
Jadual Penjagaan Kucing Ramadhan Sebelum Boarding Raya
Kami harap perkongsian kami bermanfaat.
Kami serius nak tengok tahun ni, lepas balik bercuti Raya, kami tak jumpa banyak kes kucing sakit selepas balik dari Boarding Raya.
Sebelum berundur, kami nak jemput Tuan/ Cikpuan semua ke Bilik Channel kami di mana kami kongsikan tips-tips jaga kucing dari masa ke masa.
Apatah lagi, tips-tips persediaan kucing kita sebelum kita sambut Raya.
Selain dari hantar kucing ke Boarding Raya, ada juga di antara kita yang tinggalkan kucing di rumah sahaja dan juga bawa kucing balik kampung.
Persediaan untuk dua tindakan ndi atas sangat berbeza dari persediaan hantar Boarding Raya.
Jemput join kami di Bilik Channel Tips Kucing.
Wassalamulaikum wbt. Jumpa lagi di lain waktu.
P/S: Tetiba teringat kami kisah 5 tahun lepas, Tragedi Hotel Kucing Raya (Cat Hotel from Hell). Banyak pengajaran kami timba dari peristiwa tersebut.
.