Wednesday, June 15, 2016

Jadual Penjagaan Kucing Sepanjang Ramadhan Sebelum Boarding Raya

Assalamualaikum wbt semua.

Alhamdulillah, kami diizinkan juga untuk menyempurnakan Jadual Penjagaan Kucing Sepanjang Ramadhan ini.


Nak tak kucing kita happy macam ni sepeninggalan kucing kita balik kampung berhari raya?
Walaupun HoneyVets tak buka Boarding Raya pada tahun ini, yang merupakan tahun ketiga berbuat sedemikian, kami tetap mahu kongsikan perkara penting ini.




Walaupun kami bukanlah konsultan, tetapi kami mahu menjadi seperti konsultan. Di mana peranan utama konsultan adalah untuk mengelakkan klien mengalami kerugian.


Klien kami merupakan semua catparent, dan melalui pengalaman lepas, banyak catparent yang mengalami kerugian setelah pulang dari kampung sesudah Raya apabila mengambil semula kucing dari tempat Boarding.

Di sini, kami sertakan jadualnya. Semoga bermanfaat.

*********************************************

Minggu 1 Ramadhan

  • Survey tempat Boarding Raya & buat Booking
  • Periksa tarikh terakhir vaksinasi kucing
  • Periksa tarikh terakhir pemakaian ubat kutu & ubat cacing
  • Periksa stok makanan & pasir
  • Periksa bekalan keperluan kucing yang lain, contohnya suplemen & ubatan kucing (jika kucing perlu makan ubat setiap hari contohnya dalam kes kerosakan ginjal)
  • Perhatikan rutin makan & minum kucing
  • Timbang berat kucing dan rekodkan
  • Simpan rekod/buku vaksinasi, pemakaian ubat kutu & ubat cacing di tempat selamat
  • Jika rekod/buku vaksinasi hilang, sila berjumpa dengan klinik veterinar yang terlibat untuk tindakan selanjutnya

Minggu 2 Ramadhan


  • Bagi kucing yang mudah nervous, dah boleh mula diberikan cat calmer contohnya, Feliway (sila rujuk Vet sahaja untuk nasihat penggunaan produk yang sesuai)
  • Latih mereka untuk membiasakan diri dengan cat carrier
  • Beli stok makanan kucing secukupnya, bukan sahaja makanan yang mereka makan secara rutin sahaja. Bahkan juga makanan yang mereka hanya mahu makan jika sakit.
  • Beli stok keperluan lain kucing seperti pasir, suplemen dan ubatan
  • Bawa kucing untuk vaksinasi jika tak pernah divaksin atau didapati sudah tamat atau bakal tamat tempoh semasa Raya nanti
  • Bawa kucing untuk pemakaian ubat kutu dan cacing

Minggu 3 Ramadhan


  • Untuk kucing berbulu panjang terutama yang jenis mudah bergumpal, hantar kucing untuk Hair Trimming (seeloknya Lion Cut)
  • Sebaiknya, highly recommended untuk dipasangkan implan mikrocip pada kucing dan dapatkan dokumen yang sesuai dari Vet sebagai bukti kucing tersebut dimiliki oleh kita
  • Bawa kucing untuk pemeriksaan dari hujung telinga ke hujung ekor, supaya kita dapat kenalpasti lebih awal jika kucing mengalami apa-apa masalah kesihatan sebelum hantar Boarding Raya. Lebih awal dapat rawatan lebih baik.
  • Hantar untuk pemandulan, jika belum supaya kucing tak bertambah stress ketika Boarding Raya dan untuk kurangkan kebarangkalian  kucing escape dalam tempoh boarding
  • Timbang lagi sekali berat kucing & rekodkan. Bandingkan dengan timbangan di Minggu 1 tadi. Jika tidak terlalu berkurang dan bertambah, maka kucing kita kemungkinan besar tiada masalah kesihatan. Jika banyak berkurang, bawa kucing untuk check up segera.

Minggu 4 Ramadhan

  • Kurung kucing paling lambat malam sebelum hantar kucing ke Boarding Raya
  • Sediakan Vaksinasi kucing atau Pet Passport termasuk salinan. Pastikan maklumat vaksinasi dan pemakaian ubat kutu dan cacing kucing tersebut sudah dikemaskini.
  • Packing makanan, mainan, kain alas, bantal busuk etc dan label semuanya. Kemudian, ambil gambar untuk rujukan kemudian hari
  • Prepare suplemen dan ubatan kucing termasuk arahan pemberian di setiap paket dan botol serta label dengan jelas nama kucing dan nama catparent padanya.
  • Timbang lagi sekali lagi berat kucing & rekodkan. Ini penting untuk perbandingan selepas mereka balik dari Boarding Raya nanti.
  • Sikat bulu kucing, potong kuku & bersihkan telinga kucing. Kemudian ambil gambar kucing untuk rujukan kemudian hari.


Penafian:

Panduan ini tidak spesifik. Ia hanyalah panduan general berdasarkan pengalaman kami. Untuk nasihat yang lebih detail dan sesuai untuk kucing Tuan/ Cikpuan, sila bawa kucing ke Klinik Vet pilihan. 

Penerangan lebih lanjut tentang setiap perkara di dalam jadual di atas akan dikongsikan di Channel Telegram kami di link ini,


***********************************

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua catparents bagi persediaan menyambut Aidilfitri nanti.