Assalamualaikum
w.b.t.
Ramadhan Kareem buat semua pembaca setia blog yang disayangi.
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini. Semoga kita semua mendapat Ramadhan yang terbaik tahun ini.
Ada yang tanya kami,
Kucing
perlu ada rutin jagaan khas di bulan Ramadhan?
Ye,
betul.
Walaupun
kucing kita tidak perlu menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadhan
seperti kita, mereka masih perlu diberikan perhatian kerana
kebanyakan kucing kita perlu melalui tempoh boarding ketika kita
menyambut Aidilfitri nanti.
Persiapan untuk kucing sepanjang beberapa minggu ini adalah amat penting kerana mereka akan berjauhan dengan kita.
Antara
rutin penjagaan yang boleh kita ikuti adalah :
- Memastikan mereka makan dengan baik. Ada masanya kerana kita berpuasa, kita lupa jadual makan kucing kita. Sekiranya mereka tidak mempunyai jadual makan yang tetap, dikhuatiri kucing kita akan menghadapi masalah tidak mahu makan ketika di boarding. Untuk tips pemakanan kucing yang sihat KLIK DI SINI
- Memastikan mereka mendapatkan keperluan air yang cukup. Kadang kala kita alpa dengan keperluan mereka untuk minum air bersih sehingga menyebabkan kucing kita terhidrat. Tindakan ini boleh menyebabkan paras imun mereka rendah sehinggakan terdedah kepada penyakit-penyakit yang bukan sahaja bahaya kepada mereka tetapi juga bahaya kepada manusia. Peluang dijangkiti adalah lebih tinggi apabila mereka boarding nanti. Untuk mengetahui pantang larang melibatkan air minuman kucing, sila KLIK DI SINI.
- Pastikan kucing telah divaksin dan vaksin itu masih “valid” (dengan kata lain masih belum tamat tempoh). Ada masanya kucing akan demam setelah divaksin. Sekiranya mereka divaksin terlalu dekat kepada tempoh boarding. Mereka mungkin jatuh sakit dan demam semasa boarding dan ini adalah merbahaya. KLIK SINI untuk tahu kenapa kucing kita sangat perlukan vaksin dan KLIK SINI untuk tahu kenapa kucing perlukan ubat kutu.
- Sediakan jadual penjagaan kucing sebelum lebaran untuk memastikan mereka terjaga. Elak bulu bergumpal. Elak kuku panjang (cakar sofa/langsir).
- Untuk contoh jadual lengkap sila Klik Disini.
Kami
berharap tips-tips ini akan membantu anda membuat keputusan yang
lebih baik untuk kucing anda.
Bagi
meraikan bulan yang mulia ini, kami ingin memaklumkan waktu
beroperasi Honeyvets pada Bulan Ramadhan 2016 adalah seperti berikut
:
Selasa
sehingga Sabtu : 10 pagi sehingga 5 petang
Ahad
: 10 pagi sehingga 2 petang.
Waktu
rehat adalah daripada 1 tengah hari sehingga 2 petang.
Klinik
rehat pada setiap hari Isnin.
Kami
berharap dengan perubahan waktu beroperasi ini memudahkan urusan anda
semua.
Kami
akan kekal membantu dan membimbing anda sepanjang bulan Ramadhan ini
untuk penjagaan kucing anda.
Selamat
Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
P/S: Jom sertai kami di bilik channel telegram untuk tips-tips berkaitan Penjagaan Kucing semasa Ramadhan terus ke tapak tangan Tuan/ Cikpuan.
Join di bawah;
>> Bilik Channel Telegram Tips Kucing<<
P/S: Jom sertai kami di bilik channel telegram untuk tips-tips berkaitan Penjagaan Kucing semasa Ramadhan terus ke tapak tangan Tuan/ Cikpuan.
Join di bawah;
>> Bilik Channel Telegram Tips Kucing<<