Friday, January 1, 2016

Cara Betul Potong Bulu Kucing Bergumpal.

Jimat belanja
Potong sendiri bulu kucing yang bergumpal dengan hanya beberapa langkah mudah.

Jika keadaan terlalu serius.
Serahkan kepada pakar grooming untuk lakukan proses ini.

Ini sebagai ikhtiar jika masih di peringkat awal dan tidak terlalu teruk.
Mari kita sama-sama lihat gambar di bawah.




Melalui gambar di atas, adakah pada pendapat anda 
ini teknik paling selamat memotong bulu kucing 


Bergumpal?


---------------

Rata-rata kes luka kulit terpotong akibat 

proses membuang bulu kucing bergumpal adalah 

tinggi, mencapai sehingga 80%.

Kucing berbulu panjang dan double-coat berisiko 

tinggi untuk mendapat bulu bergumpal dan 

mengalami trauma kulit terpotong.



Kebanyakan kes sebegini, kulit terpotong akan 

dijahit jika tiada komplikasi jangkitan.

---------------

Jadi, apa cara yang lebih selamat untuk 

menyelesaikan masalah seperti di bawah ni?






2 cara memotong bulu bergumpal.

#1 Menggunakan shaver.
#2 Menggunakan gunting.

Mari kita fokus dengan cara selamat jika menggunakan
GUNTING.

Lihat gambar di bawah.


Ia gambar yang sama seperti di atas, tetapi kita hanya ubah alat di tempat yang betul.

Apa yang di ubah?

JARI - Ubah posisi jari dengan gunting.

GUNTING - Ubah posisi gunting dengan sikat, seperti contoh di bawah.


Kita dapat lihat bahawa sikat akan menjadi "pendinding" kulit kucing dari digunting.

Jadi, apa tunggu lagi?

Cuba sekarang jika ada kucing yang bulu bergumpal seperti karpet buruk di rumah tu.

Mahu tahu lebih banyak tips & trick mencantikkan kucing?