Tuesday, December 15, 2015

11 Sebab Kucing Kita Perlukan Ubat Kutu & Ubat Cacing Setiap Bulan


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar kucing kita hari ni?

Sihat? Makan dengan berselera?
Ada menggaru sana dan sini?
Adakah mereka makan banyak, tapi tak gemuk-gemuk?

Hari ni kami nak bercerita tentang UBAT KUTU dan UBAT CACING kucing.

Apa MASALAH BESAR yang kita TERPAKSA hadapi jika kita GAGAL memberikan kucing kita ubat kutu dan ubat cacing setiap bulan?

  1. Kucing kita sentiasa terdedah kepada kutu sengkenit, walaupun berada di dalam rumah sahaja. Kutu di bawah ini yang kami maksudkan;
  2. Kutu sengkenit berada di sekeliling kita tanpa kita sedari. Di karpet di ruang tamu, di celahan sofa, di celahan jubin lantai, di rumput halaman rumah dan di atas badan kucing liar berkeliaran di luar rumah.
  3. Hanya seekor sahaja kutu dijumpai di badan seekor kucing, mampu menyebabkan keseluruhan rumah kita di'banjiri' kutu dan keluarga mereka (telur, larva dan pupa juga).
  4. Kutu hanya makan (dengan menghisap darah) di atas badan kucing. Mereka boleh melompat naik dan turun dari badan kucing bila-bila masa mereka suka kerana mereka ada kaki belakang yang kuat.
  5. Sambil kutu ini menghisap darah kucing, sambil itu mereka boleh inject larva cacing pita, virus Leukimia kucing, virus AIDS kucing dan juga kuman parasit darah kucing ke dalam darah kucing. Semuanya bahaya dan semuanya boleh membunuh kucing kita (ataupun, jika kita sempat bawa rawatan, dan bil rawatan yang tinggi).                     
  6. Paling menakutkan ialah cacing pita, yang mana boleh keluar dari buntut kucing kita dan mengengsot mencari kita. Cacing pita kucing dan cacing pita yang mungkin berada dalam usus kita sekarang adalah sama.
  7. Kutu kucing boleh hidup selama 6 bulan! di dalam keadaan tanpa mangsa utama mereka, (iaitu kucing) di dalam persekitaran kita.
  8. Jika kutu tak dapat hisap darah kucing, mereka akan panjat kita dan hisap darah kita. Ramai antara kita akan mengalami gatal-gatal kulit yang amat sangat. Bintat sana dan sini, menggaru tidak berhenti. Lebih parah dari digigit nyamuk.
  9. Cacing gelang dalam usus kucing sebenarnya boleh menjangkiti kita, terutama kanak-kanak. Cacing ini paling sukakan bahagian mata kanak-kanak. Cacing ini mampu membutakan kanak-kanak.
  10. Cacing gelang ini juga boleh menyebabkan penyakit untut pada kita. Sesiapa yang dijangkiti untut akan mengalami pembengkakan kaki yang teruk.
  11. Cacing ini dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk. Sama seperti virus Denggi menjangkiti kita. Nyamuk menghisap darah kucing yang dijangkiti cacing, dan kemudian menghisap darah manusia sambil memindahkan cacing tersebut kepada kita.

Kita mungkin merasakan bahawa masalah kutu dan cacing pada kucing kita ini hanya perkara remeh.

Dan, memberi mereka ubat cacing dan ubat kutu kepada mereka bukanlah sesuatu yang PENTING.

Padahal, masalah ini mampu memporak-perandakan hidup kita dan keluarga kita.

PENYELESAIAN kepada semua masalah ini hanyalah satu.

Berikan ubat kutu dan cacing kepada kucing kita SETIAP BULAN, tanpa gagal.

Kos ubat kutu dan cacing adalah jauh lebih murah berbanding kos rawatan akibat jangkitan kutu dan cacing ini, kepada kucing mahupun kita.

Mencegah jauh lebih baik dari mengubati.

Cegah sebelum parah. Sesal kemudian tak berguna. Lindungi orang dan kucing tersayang.

KHAS buat klien HoneyVets.
|
V
Whatsapp 0193473717 untuk maklumat terkini PAKEJ ubat kutu dan ubat cacing paling ekonomi untuk kucing anda SEKARANG.

Bukan klien kami?
Hubungi Klinik Vet terdekat anda.

In shaa Allah, dengan usaha kita yang minimal ini, kita mampu menyelamatkan diri, keluarga dan orang sekeliling kita.
Of course, kucing kesayangan kita juga (kan mereka juga adalah ahli keluarga kita?)



....