Sporo pada kucing-kucing di Malaysia.
Apa beza Sporo dan Kurap kucing?
Boleh berjangkit pada manusia tak?
Hingga menjadi topik hangat di perjumpaan Doktor Veterinar
seluruh Asia di AMAMS, KL pada bulan Oktober lepas.
Sungguh sedih dan membimbangkan bila kami mendengar,
ramai pemilik kucing enggan membawa kucing mereka
yang dijangkiti Sporo untuk rawatan sepatutnya.
Antara sebab utama mereka bertindak demikian adalah
bimbang dan takut jika kucing mereka akan 'ditidurkan'
selama-lamanya.
Antara aduan dan keluhan dari pemilik kucing yang dijangkiti
Sporo adalah;
"Luka kucing yang tak baik-baik & merebak".
Beberapa tahun sebelum ini, kami pernah mengupas
tentang topik Sporo dengan contoh kes seekor kucing,
yang agak teruk dijangkiti kuman ini di SINI.
••••••••••••
Berbalik kepada topik asal, di bawah ini kami senaraikan
17 perkara tentang Sporo yang patut anda tahu;
1) Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi
negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini,
jumlahnya adalah lebih banyak.
2) Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka
mempunyai luka di kulit.
3) Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan
mereka juga, terutama hidung dan peparu.
4) Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan
hanya diberikan antibiotik.
5) Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh
badan melalui saluran limfa.
6) Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporo,
boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.
7) Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen
untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang
tempoh rawatan.
8) Sporo boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati
akibat jangkitan ini.
9) Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan
hanya pemberian antifungus sahaja.
10) Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia
adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan
rawatan intensif.
11) Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai
kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.
12) Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan
ekor kucing yang berada di sekelilingnya.
13) Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti,
dengan hanya satu cakaran sahaja.
14) Surgeri pemulihan Sporo adalah rawatan alternatif
kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus
mempercepatkan kadar penyembuhan.
15) Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika
kucing turut diberikan suplemen Omega 3 dan Omega 6.
16) Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum
lagi termasuk kos diagnosa.
17) Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain
sepanjang rawatan dijalankan.
Luka Sporo (kucing yang sama seperti gambar di atas)
yang sembuh selepas sebulan menerima rawatan gabungan surgeri
pemulihan Sporo, antifungal, suplemen hati, suplemen kulit dan
suplemen omega.