Friday, November 13, 2015

Tips mandikan kucing seperti seorang pro


Assalam wbt. Seronok kerana hari ni dah hari Jumaat, hari yang barakah.

Ramai yang tanya kami tentang Bengkel dan Kelas Cat Grooming. Kami hanya mampu memohon maaf kerana belum dapat mengadakannya.

Sebenarnya, kami masih dalam proses adaptasi di tempat baru ( SINI ). Ruangan khas untuk mengadakan kelas pun masih belum sedia.

DAFTAR KELAS GROOMING SEKARANG!
|
|
V






Berbalik pada topik utama, Tips Mandikan Kucing. Sebenarnya, tak susah pun.

Yang penting sebelum mandikan kucing, beberapa perkara penting ini perlu di ambilkira.



➡ Kucing dalam keadaan sihat, tiada luka, tidak selsema atau batuk, dan tidak demam. Memandikan kucing seluruh badan semasa kucing tak sihat boleh menambahteruk keadaan kesihatan mereka.

➡ Cuaca baik, panas dan tidak hujan. Kucing mudah selsema jika sejuk dan stres.

➡ Kuku sudah dipotong dan bulu kucing sudah disikat kemas. Ini penting jika kucing berbulu panjang. Kuku kucing yang tajam akan bahayakan si tukang mandi. Kita juga mahu buangkan bulu yang lama yang melekat di atas kulit.

➡ Bulu bergumpal sudah dibuang. Bulu bergumpal yang tak dibuang akan membuatkan kucing mudah terkena jangkitan fungus selepas mandi. Fungus sukakan keadaan yang lembap.


➡ Jika kucing ada kutu yang banyak, sehinggakan terdapat banyak flea dirt atau najis kutu dibadannya, seeloknya berikan ubat kutu terlebih dahulu. Bergantung kepada jenis ubat kutu, ada yang selepas 2 jam penggunaan, kucing sudah boleh dimandikan.

Selesai cek semua perkara di atas, dan lulus dengan cemerlang, barulah kita teruskan dengan penyediaan alatan pula.

Apa alat-alat yang diperlukan?
✔ Sangkar kecil 2 pintu
✔ Sikat atau berus
✔ Syampu berpelembap
✔ Kipas atau blower ( tak nak hair dryer )
✔ Tuala bersih dan kering

Di sini ada klip video memandikan kucing yang kami rakam sendiri.

Video ini kami rakam semasa mengadakan Bengkel Cat Grooming di Kota Kinabalu pada tahun 2013, di sebuah homestay.



Di dalam video ini, kami tak tutup pintu tandas. Seeloknya tutup rapat pintu tandas dan semua tingkap sebelum memandikan kucing.

Ini bagi mengelakkan kucing melarikan diri. Bagi sesetengah kucing, mandi ada lah saat stres di mana mereka akan mencari jalan untuk mengelak dimandikan.

Selepas selesai mensyampukan kucing dan mengeringkannya dengan tuala, biarkan saja kucing di dalam sangkar tersebut. Kemudian, halakan kipas ke arah mereka selama beberapa minit.

Tak dinafikan mereka akan rasa kesejukan. Sebab itu, tidak digalakkan mandikan mereka semasa hari sedang hujan.

Bila bulu mereka sudah agak kering, bolehlah mula sikatkan supaya jadi lebih kemas dan tidak bergumpal.

Jika menggunakan blower, proses pengeringan akan lebih cepat. Blower mempunyai haba panas, tetapi tak sepanas hair dryer yang mungkin akan mentraumakan kucing dan merosakkan kulit dan bulu mereka.

Ini pengalaman kami semalam. Kami sudah 4 tahun menggunakan vacum serbaguna jenama Rainbow untuk membersihkan lantai dan air purifier. Baru semalam kami gunakannya untuk blow kucing.


Serius. Sangat membantu. 

Nampaknya, setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Lagi seronok sebenarnya jika perkongsian ini dalam bentuk Demo LIVE, kan?

Kepada yang berminat untuk menyertai Kelas Cat Grooming yang akan datang, boleh email kami di honeyvets@gmail.com dengan tajuk KELAS CAT GROOMING. 

Tinggalkan sekali nama dan no telefon dalam email tersebut, supaya mudah kami hubungi di masa akan datang.

Sekian. Terima kasih kerana membaca.

♡♡♡