Friday, October 23, 2015

Jerebu, kucing dan air.


Assalam wbt dan apa khabar semua?

Alhamdulillah ramai antara kita masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun kita sedang dilanda jerebu teruk.

Ingat pesan doktor supaya kita pakai topeng muka bila keluar rumah, serta minum air yang banyak di masa-masa pencemaran udara yang teruk sebegini.

Takziah kami ucapkan kepada mereka yang terkesan kesihatannya akibat jerebu, terutama kanak-kanak.

Kanak- kanak merupakan manusia yang paling banyak kandungan toksin dalam badan, jika terhidu asap jerebu di luar sana.

Ini kerana, badan mereka kecil sedangkan konsentrasi toksin yang dihidu apabila sekali mereka menarik nafas adalah lebih kurang sama dengan orang dewasa. Sebaiknya kita elakkan si kecil dalam famili kita dari bermain di luar rumah.

Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan tips bagi mengelak kucing terkesan teruk akibat jerebu, di mana tips ini diadaptasi dari tips doktor untuk kanak-kanak.

Ada yang tanya kami, jika kucing bagaimana pula?

Prinsipnya sama seperti kanak-kanak juga. Mereka juga tak terkecuali dari mendapat toksin dari udara kotor yang dihidu.

Semenjak jerebu, kami menerima agak banyak kes kucing yang bermasalah pernafasan, termasuk kucing-kucing kami sendiri.

Ada yang batuk. Ada yang asma. Ada yang selsema teruk. Ada yang mengalami radang peparu.

Inilah di antara perkara yang mungkin kerap akan berlaku kepada kucing yang ada asma kronik, di saat jerebu teruk seperti sekarang.

Bagi yang mahu mengelakkan kucing dari terkesan teruk akibat jerebu, bolehlah cuba mengamalkan tips di bawah ini;

  1. Elakkan melepaskan kucing bebas di luar rumah, atau bawa mereka masuk ke dalam rumah ( bersama sangkar sekali ➡ ini langkah pertama kami buat untuk kucing kami di rumah.
  2. Pastikan mereka minum air dengan banyak, kerana dengan cara ini toksin dalam badan dapat dikumuhkan dengan lebih cepat. ( kami menggunakan cat water fountain bagi menggalakkan mereka minum dengan lebih banyak )
  3. Berikan mereka suplemen multivitamin atau antioksidan sebagai memantapkan lagi imuniti mereka. ( kami berikan suplemen ImunnoVet sebagai pengganti Vetri DMG , kami sendiri pula makan Vit C :))
  4. Pasangkan penapis udara lebih kerap di rumah. ( jika sebelum ini pasang selama 18 jam, sekarang pasang hampir 24 jam sehari )
Berita baik. Kami ingin menambah cat water fountain untuk kegunaan di HoneyVets. Ini berikutan kucing-kucing kami ternyata minum lebih banyak selepas kami menggunakannya.

Maka, kami ingin buka preorder untuk Catit Cat Water Fountain. Memandangkan ini adalah preorder, maka kami akan buka harga jualan yang special.

Jika berminat, whatsapp gambar di bawah ke 019 347 3717.

Apa yang membuatkan kami puas hati dengan Catit Water Fountain ini ialah;

  1. Air minuman kucing akan sentiasa bersih, kerana di dalamnya ada sistem penapisan yang efisien. Maka, air minuman kucing ni akan sentiasa bebas habuk dan segar.
  2. Air tersebut sentiasa bergerak kerana ada pump di dalamnya, maka kucing akan lebih tertarik untuk meminumnya. Mengikut kajian, kucing lebih suka air yang bergerak berbanding yang statik kerana secara psikologinya mereka rasa air statik adalah beracun.
  3. Ruang permukaan fountain yang besar. Jadi, kucing tak perlu berebut-rebut untuk minum dalam masa yang sama. 


Di bawah ni ada video bagaimana rupanya kucing suka minum dari Catit Water fountain ni.


Semoga ikhtiar kita untuk mengurangkan kesan jerebu kepada diri kita, famili kita dan kucing kesayangan kita dipermudahkan olehNya.

Sampai di sini sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga bermanfaat. 

Salam Jumaat.