Wednesday, April 8, 2015

{ Yang dibeli & yang terbuang }



Comel kan anak kucing dua ekor ini?
.
Kisahnya seekor dibeli dan seekor dikutip, pada masa yang hampir masa.
.
Eventually, mereka mendapat jangkitan mata bersama-sama.
.
Yang dibeli itu, sebenarnya terlalu kecil untuk dijual. Vaksin pun belum lagi. Sampai hati, pisahkannya dari ibunya terlalu awal sebegitu.
.
Seeloknya, anak kucing untuk dijual melepasi umur 3 bulan, serta sudah complete divaksin. Nak lagi best, ada microchip dan Pet Passport sekali.
.
Yang dikutip, no surprise mereka datang dengan pakej jangkitan itu ini. Nama pun terbuang. Selalunya, dibuang pun kerana ada masalah sakit-sakit inilah. Tempat hot nak buang kucing sakit, of course depan #klinikkucing beserta 'surat cinta' kekadang tu.
.
Sampai hati orang yang buang anak kucing sekecil ini, dan harap orang lain take over the responsibility. Kalau sempat #vet di klinik tu ambil dan rawat. Selalunya, anak kucing ini dah kena lenyek terlebih dahulu di petak parking depan klinik.
.
Apapun, yang dibeli di atas tu dah menemui penciptaNya. Manakala, yang dikutip Alhamdulillah respon kepada rawatan dan selamat pulang.
.
Ibrahnya, apa jaminannya sesuatu itu kekal, walaupun kita membayar dengan harga yang tinggi? Tiada apa yang kekal di dunia. Dan bagaimana kita mengurus harta kita, akan ditanya di kemudian hari.
.
Semoga kita ditempatkan dalam golongan yang amanah dan bijak dalam menjaga serta mengurus rezeki dan harta yang Allah telah kurniakan.