Satu hari tu, kami kena tanya,
Kenapa kucing jantan kalau nak
mandul kena buang 'telur'? Kami respon,
Kenapa nak kekalkan
'telur' tu?
Kami dapat jawapan,
Kalau kucing jantan takde
'telur', tak nampak macam jantan.
.
🙀🙀🙀🙀🙀🙀🙀🙀🙀.
.
Ada juga yang tanya tentang
chemical castration.
Chemical castration ni,
adalah prosedur yang tak perlukan
pembuangan 'telur' kucing.
Cuma perlu injek satu bahan
kimia ke dalam telur tu
yang boleh membuatkan kucing
jantan tu tak boleh
membuntingkan kucing betina.
.
Sebenarnya, surgeri pemandulan
jauh lebih baik dari chemical.
.
Kalau nak kata, pembuangan
'telur' tu akan menyebabkan kucing
tu tak jantan dah, itu satu auta.
.
Faktanya, kucing tetap jantan,
dan hakikat tu dah tertulis
di setiap sel badannya.
.
Dalam DNA kucing tu tetap
seekor jantan.
.
Rujuk gambar ni, tak susah
pun nak tau kucing tu
kucing jantan yang dah
dikasi.
.
Gambar paling kanan tu,
rupa seekor kucing jantan
yang dah mandul.
.
Bezakan dengan gambar
kucing betina di tengah tu.
.
Berbeza kan?
.
Kucing jantan tetap gagah,
perkasa selepas dimandulkan.
.
Kucing tu tetap maskulin,
dan masih ada ciri-ciri kejantanan.
.
Bezanya, selepas dimandulkan
mereka kurang bergaduh,
kurang memancut sana sini.
.
Kucing tu akan lebih tenang,
kurang nak berjimba keluar
rumah.
.
Jadi, risiko untuk mereka
dapat penyakit tu berkurang.
.
Objektif kita mandulkan
kucing, adalah untuk jaga
kebajikan kucing tu.
.
Dan, bonusnya poket
kita tak bocor untuk bayar
kos rawatan yang tinggi
akibat kucing terjebak dengan
aktiviti tak sihat jika tak dimandulkan.
.
Like | Share jika rasa
info ni bermanfaat.