Tuesday, October 4, 2016

KENAPA KUCING BERGADUH MENGEMBANGKAN BADAN?




Apa yang poster ni cuba nak
sampaikan?
.
Sebenarnya, kucing sebolehnya 
nak mengelak dari bercakaran,
bergelutan dan bergigitan.
.
Sebab mereka tau apa bahayanya
kalau bergaduh fizikal.
.
Mereka boleh cedera parah!
.
Sebab tu, kita tengok mereka
punya muqadimah punya lama.
.
Mengiau dengan kuat, dah macam
menyayi soprano.
.
Mengembangkan badan,
mengundur ke depan. 
Dengan kata lain, sekejap gohead,
kejap gostan.
.
Kucing bergaduh gigit dan
cakar ni bukan setakat dapat
cedera fizikalnya, tapi boleh 
juga dapat jangkitan AIDS.
.
Sekali dah dapat AIDS,
no turning back dah.
.
Selamanya dia akan ada
AIDS tu.
.
Then, akan mulalah dapat
masalah kesihatan lain,
sebab badan tak kuat.

Apa yang membuatkan 
kucing bergaduh?
.
1) Berebut 'girlfriend'.
.
2) Berebut kawasan.
.
3) Mempertahankan keselamatan 
anak.
.
4) Mempertahankan 
makanan.
.
Macam mana nak elak?
.
Kita cerita di pos akan datang ye.
.
Apa moral yang kita dapat
belajar dari behaviour kucing ni?
.
Kalau ada perselisihan faham
dengan orang lain, kalau orang tu
ego besar, kita mengalah je.
.
Tak perlu sampai bertumbuk
Muey Thai bagai.
.
Mengalah tak bermakna kalah.
.