Monday, December 19, 2016

10 SEBAB KUCING SPORO LAMBAT BAIK

Kucing di rumah ada Sporo?
Dah bawa cek ke vet, dan dah pun dapat ubat.

Tapi...
Selepas sebulan, 2 bulan dan sekarang dah nak masuk 6 bulan, Sporo kucing itu tak sembuh-sembuh.

Nak tahu apa sebabnya?
Jom baca 10 sebabnya di bawah ni..
  1. Kandungan gula dalam darah tinggi
  2. Kucing positif FeLV
  3. Kucing positif FIV
  4. Kucing positif FIP
  5. Luka kucing sporo terdapat jangkitan bakteria
  6. Kucing tidak diberi ubat antifungal, mengikut seperti saranan yang diberikan
  7. Kucing susah diberi makan ubat
  8. Kucing merajuk dan lari sebab takut diberi ubat
  9. Kucing masih ada sporo, tetapi masih lagi dibiarkan berkeliaran di dalam atau luar rumah
  10. Kucing mendapat ubat antifungal yang tidak sesuai dengan keadaan kucing tersebut
Penyakit Sporo ni berbahaya kepada manusia juga.
Jadi, sangat-sangat penting untuk kita pastikan kucing Sporo kita cepat sembuh.

Ini untuk mengurangkan risiko kita dan keluarga kita dijangkiti Sporo tersebut.

Dan, apabila kita sudah membuat keputusan untuk rawat kucing Sporo kita, kita perlu bersedia dari segi
  • mental
  • fizikal
  • komitmen wang
  • komitmen masa
Untuk merawat kucing Sporo memang mencabar dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Keputusan kita mungkin akan membahayakan nyawa kita serta keluarga kita.

Oleh itu, buat pertimbangan yang terbaik.