Monday, December 19, 2016

9 TIPS JAGA KUCING SELEPAS SURGERI


Pernah tak bila kita bawa kucing balik dari klinik selepas dia surgeri, kita jadi risau macam mana nak jaga kucing tu di rumah?

Normal la bila ada rasa risau tu. 

Mungkin sebab kita takde pengalaman ataupun kita tak berapa tau cara yang betul.

Jom ikut tips-tips mudah di bawah ni;

TIPS JAGA KUCING LEPAS SURGERI

#1 Letakkan kucing di tempat paling sunyi di rumah

Kucing yang baru sedar selepas surgeri akan rasa lalok, mabuk dan ini akan membuatkan kucing stres, garang dan agresif.

Jadi, kucing sebegini perlukan rehat yang cukup tanpa gangguan dan jauh dari bunyi bising.

Jauhkan kucing dari kucing lain serta kanak-kanak untuk 24 jam seterusnya.

#2 Sediakan tempat yang selesa untuk kucing berehat

Contohnya ialah kita sediakan tilam yang empuk, atau kain selimut yang tebal.

Tempat tidur kucing ini mestilah diletakkan di atas lantai, dan bukan di tempat tinggi untuk elakkan kucing melompat.

#3 Pastikan tempat rehat kucing tidak terlalu terang

Kucing akan lebih tenang jika dalam keadaan yang malap.

Kita boleh padamkan lampu di kawasan kucing tersebut berehat.

Ataupun, kita sediakan sebuah kotak dan bekas yang kucing boleh bersembunyi dan mengelakkan cahaya terang.

#4 Sediakan makanan, minuman dan litter box berdekatan dengan tempat rehat kucing

Almaklumlah, kucing tersebut masih lemah. Maka, kita bantu mudahkan dia untuk dapat makan dan minum serta membuang apa yang patut.

Untuk litter box, sebaiknya gunakan jenis litter yang tak berdebu atau melekit, contohnya kertas surat khabar yang dikoyak-koyakkan.

Jika pasir kucing melekat pada luka jahitan, luka mungkin akan kena jangkitan dan lambat sembuh.

#5 Elakkan kucing keluar rumah sama sekali

Ini untuk mengelakkan kucing dijangkiti Sporo pada luka jahitan.

Sporo terdapat di atas pasir, tanah dan kadangkala di atas tumbuhan.

Jadi, selagi luka kucing kita belum betul-betul kering dan sembuh, jangan bagi kucing keluar rumah golek-golek atas pasir atau rumput langsung!

#6 Cek luka kucing setiap hari

Minta Vet tunjukkan luka jahitan kuing sebelum bawa kucing balik, supaya kita dapat cek luka kucing tu setiap hari.

Penting untuk cek luka kucing untuk kita tahu samada luka tersebut sembuh dengan baik ataupun tak.

Luka kucing yang elok ialah yang kering, tak berbau dan tiada cairan keluar darinya.

#7 Elakkan kucing dari menjilat luka jahitan

Sesetengah kucing sangat sensitif kepada rasa sakit, ngilu atau gatal pada luka jahitan.

Oleh itu, mereka akan menjilat luka tersebut. Luka yang sering dijilat akan lambat sembuh.

Untuk elakkan kucing menjilat luka jahitan tu, kita boleh samada pasangkan ecollar ataupun pakaikan baju pada kucing.

jika kucing tak selesa dipakaikan ecollar dan baju, maka kita boleh ketakkan sedikit bedak berubat pada luka jahitan.

Bila kucing cuba jilat luka, dan tertelan sedikit bedak yang pahit, selalunya kucing akan serik.

#8 Elakkan mandikan kucing

Luka kucing perlu sentiasa kering dan bersih. Bila kucing dimandikan, luka jahitan akan jadi basah, dan kucing akan lagi kerap menjilat badan. 


Maka, jangan mandikan kucing dalam 7-10 hari kucing disurgeri, atau sehingga luka benar-benar kering.

#9 Beri ubat ikut nasihat Vet

Jika kucing dibekalkan ubat oleh Vet, beri ubat kepada kucing mengikut nasihat yang telah diberi.

Elakkan skip memberi kucing makan ubat, terutamanya jika ubat itu adalah antyibiotik.

PENTING!

Jika kucing ada tanda-tanda seperti berikut, maka kucing perlu perhatian Vet segera;


  • Kucing tidak mahu makan langsung selama lebih 24 jam
  • Kucing kurang minum
  • Kucing tidak kencing langsung sehingga lebih 24 jam
  • Kucing muntah-muntah
  • Kucing monyok
  • Kucing asyik mengiau, lebih dari biasa
  • Luka kucing bernanah dan berbau
  • Luka kucing terbuka
Membantu tak tips kami ni?

Jika YA, share la tips ni kepada saudara-mara dan rakan-rakan.


Di HoneyVets, kami sehabis baik memastikan bahawa prosedur surgeri kami,
  • kucing cepat sembuh
  • minima komplikasi
  • minima sakit
  • minima stres 
kepada semua pesakit kucing kami.
Hubungi kami di 03 89586669 atau 019 3473717 untuk tahu tentang prosedur surgeri di HoneyVets dengan lebih lanjut.