Wednesday, January 18, 2017

Dr., umur berapa kita boleh vaksinkan anak kucing?


Seawal umur 2 bulan. Kalau tak pasti umur anak kucing tu, boleh tengok gigi dia. Jika semua gigi kacip atas 3 pasang dah tumbuh dan sepasang gigi taring atas dah tumbuh, dah 2 bulanla umurnya.

Dan, nak vaksin kucing bukan letak pada berat badannya, tapi pada BMI badan.

Jika berat capai takat minimum, tapi badan kurus kering maknanya anak kucing tu something wrong somewhere.

Jadi, sebelum bawa anak kucing ke klinik untuk vaksin, pastikan;
🐈    Selera makan dia ok
🐈    Aktif bermain
🐈          Najis ok tak cirit
Dan,
apa-apa yang tak normal kena bagitau pada Vet yang akan vaksinkan dia.

Contohnya, tiba-tiba dalam 2 hari ni dia jalan tempang sikit walaupun makan ok.

Bukan semua kucing yang datang nak Vaksin BOLEH divaksin.

Hanya kucing yang kesihatannya optimum sahaja yang layak divaksin.

Sekian khidmat pesanan masyarakat pada kali ini. 

😸😸