Wednesday, January 18, 2017

Dr., kenapa kucing saya selama ni tak nampak macam sakit pun? Tapi, tetiba je dia sakit teruk.

Jawapan,

Sebab kucing memang pandai sembunyikan kesakitan dia. Lagi-lagi depan orang yang mereka sayang.

Macam mana nak tau kucing tu tengah sakit, walaupun secara luaran nampak sihat?

Kita boleh ambik setitis darah di telinga dia dan tengok bawah mikroskop.

Apa yang kita boleh nampak dari cuma setitis darah tu?

Banyaaaak benda boleh tengok dan tau. Antaranya,

🐈 kita boleh tau kucing tu cukup darah merah ke tak
🐈 kita boleh tau samada kucing tu ada jangkitan kuman atau tak
🐈 kita boleh tau samada jangkitan kuman tadi tu baru ke dah lama
🐈 kita boleh tau samada kucing tu ada parasit darah atau tak (lebih kurang macam malaria)
🐈 kita boleh tau samada kucing kita tu cukup pembeku darah atau tak ( kalau tak cukup pembeku darah, kucing senang bleeding)
🐈 lita boleh agak samada kucing kita tu ada Parvo atau tak ( Parvo yang dah pergi sampai sum sum tulang)

Banyak boleh tau kan?

Jadi, janganlah pelik atau risau terlebih kalau Vet kata nak ambik darah kucing kat telinga.

Maknanya adalah benda di dalam kotak pemikiran Vet yang dirisaukan dan perlukan klu lebih sebelum dapat bagi rawatan sewajarnya pada kucing kita.

Sekian pesanan khidmat masyarakat carparents kami di tengahari Jumaat nan mulia ni.

Semoga bermanfaat.

Dr., kenapa kucing saya tak nak makan biskut (kibbles) dia sangat dan lebih sukakan wetfood?

Jawapan,

Ada beberapa faktor yang buatkan kucing jadi begitu. Antaranya,

🐈    kucing sakit gigi
🐈    dalam mulut kucing bengkak dan sakit
🐈     kucing ada hairball
🐈    kucing dah terbiasa dengan wetfood
🐈    kucing dah tua, gigi dah tak banyak

Jadi, apa nak buat bila kucing kurang nak makan kibbles?

Cuba kurung dan puasakan dulu kucing selama 8 jam. Kemudian beri semangkuk kibbles.
Tengok cara dia makan.

Ada tak kucing menghidu dengan penuh minat, cuba nak makan kibbles, tapi tiba-tiba terhenti niatnya?
Kalau jadi macam ni, maknanya kucing tu mungkin sakit mulut dan sakit gigi.

Kalau dia makan kibbles tu laju je, tak lama lepas tu dia termuntah balik kibbles, itu mungkin sebab dia ada hairball.

Kalau kucing tu sanggup tak makan kibbles tu, maknanya kibbles tu memang bukan taste dia. Mingkin kita boleh cuba rendam kibbles dengan air masak, dan kemudian tengok apa respon kucing tu.

Kalau kucing takde gigi, biasanya bila dah lapar dan takde pilihan, dia cuba juga makan kibbles tu tapi kita akan nampak kucing tu susah nak mengunyah.

Oklah. Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat catparents di hari Rabu malam Khamis ini. 

Dr., kucing saya tak makan dah 3 hari. Bahaya tak?

Jawapan,
Sangat BAHAYA. Even bila kucing kurang makan dari biasa pun dah membahayakan.

Apa yang bahaya?

Kucing yang kurang makan atau tak makan langsung akan menyebabkan hati mereka rosak.

Eh, apa kaitan tak makan dengan hati rosak?

Bila kucing tak makan, badan kucing akan cuba untuk janakan tenaga dari lemak simpanan badan dia.

Tapi, disebabkan proses ni lemak juga akan terdampar di hati kucing yang membuatkan lama-lama hatinya dipenuhi lemak dan menganggu fungsi hati tu.

Keadaan ini dipanggil hepatic lipidosis.

Jadi, jangan sesekali biarkan kucing tak makan langsung dalam sehari.

Dan, jika kucing biasanya boleh habiskan semangkuk kibbles, tapi tetiba hari ni dia makan separuh kibbles, maka something wrong somewhere dengan kucing kita tu.

Jadi, apa nak buat?

Cepat-cepat bawa pergi cek ke Vet.

Sementara nak ke Vet, apa kena buat?

Suap kucing makan dengan berhati-hati.

Sekian pesanan kami di petang Selasa yang hening ini.

Dr., kucing seeloknya medical check up berapa kali setahun?

Jawapan,

1 tahun umur kucing bersamaaan 4 tahun umur manusia ( walaupun ada yang kata 7 tahun).

Maka, kalau kita manusia seeloknya medical check up setahun sekali, kucing pula seeloknya check up 4 kali setahun la.

Kenapa kucing perlu sangat check up ikut jadual?

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

🐈    kan tadi dah bagitau, kucing lagi cepat menua dari manusia. Tahun pertama dia sama dengan 15 tahun kita. Tahun kedua dia sama macam 24 tahun kita. Lepas tu akan bertambah 4 tahun setiap tahun. Jadi, kicing akan menginjak menjadi warga emas masa umur dia 9 tahun.

🐈    kucinglah makhluk paling terer sembunyikan kesakitan. Lagi-lagi depan orang yang mereka sayang. Kadi, dengan check up menyeluruh je kita dapat detect apa masalah kesihatan dia

🐈    kebanyakan kucing tanpa kita sedar dah maauk golongan terlibih sihat aka obes. Kita seronok tengok dia membulat gebu gebas, rupanya sedar-sedar dia dah kategori obes di mana berisiko untuk dapat kencing manis

🐈    mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, bila buat check up, Vet dah detect kucing kita ada masalah gigi kotor, cepat-cepat kita dapat setel masalah tu sebelum meneruk jadi gigi kucing tu rosak teruk sampai satu mulut tu bau longkang

Fuh! Fenat giler cerita pasal kepentingan bawa kucing untuk CHECK UP ni.

Ini sebenarnya baru sekelumit hal menjaga kucing. Ada berjuta lemon lagi kita belum sempat nak sentuh.

It's ok. 1 thing at a time.


Dr., mak kucing yang tengah menyusukan anak sesuai makan makanan apa?


Jawapan,

Mak kucing tu kita perlu bagi makanan kitten yang berkualiti tinggi.

Makanan adult cat tak sesuai untuk mak kucing menyusu?

Makanan adult cat TAK CUKUP kalsium dan protein untuk tampung keperluan ibu kucing menyusu tu.

Adult cat hanya cukup untuk tampung keperluan kucing dewasa yang tiada komitmen untuk menyusukan anak.

Bila kucing menyusukan anak, makanan yang di makan akan dichannelkan pada penghasilan susu.

Jadi, jika kucing yang menyusukan anak makan makanan adult cat, ibu kucing akan jadi sangat kurus, malahan boleh sampai jadi sawan akibat kekurangan kalsium!

Makanya, cek makanan ibu kucing di rumah yang tengah menyusu tu.

Tukar cepat-cepat makanan tu jika tak sesuai.

Sekian pesanan kami di petang Sabtu ni. 😸