Salam bahagia semua. Saya pernah menyelamatkan seekor kucing bersama 5 anaknya yang saya rasa dibuang dibelakang premis klinik Honey 3 minggu lepas. Mereka ditemui basah kerana hujan lebat waktu itu. 5 anak2 kucing ini semua comel2 dan sihat.
Inilah mereka yang baru sahaja diselamatkan. Basah selepas ditimpa hujan.
Apa yang menyedihkan, selepas 2 minggu seekor daripadanya telah mati dan waktu itu semua anak kucing ini menghidap selsema. Saya telah memberikan rawatan yang sewajarnya sebagaimana kes2 selsema sebelum ini. Antibiotik, antiinflammatori serta vitamin. Sepatutnya selepas 3 hari selsema ini makin pulih, namun sebaliknya yang berlaku.
Ini telah memberi amaran kepada saya bahawa ini bukan kes selsema biasa yang boleh dicegah melalui vaksinasi. Ini tentunya penyakit virus yang saya geruni kerana tiada vaksin atau ubat untuk penyakit ini.
Ya, inila jangkitan virus yang dinamakan FIP (Feline Infectious Peritonitis). Virus ini menyebabkan reaksi immune badan yang berlebihan dan akhirnya menyebabkan keadaan menjadi lebih serius. Banyak organ yang akan rosak disebabkan reaksi immune ini.
Malam tadi, 2 ekor lagi menemui ajal. Untuk confirm diagnosis yang dibuat, kami telah menjalankan post mortem. Bila ruang abdomen dibelah sahaja, terdapat cecair kuning yang membanjiri ruang abdomen ini. Sah! FIP la penyebabnya..
Kebiasaannya bila kita mendapati positif FIP, maknanya yang 2 ekor lagi anak kucing tu sudah tentunya mempunyai penyakit yang sama, tindakan paling baik adalah untuk 'put to sleep' mereka. Ini kerana sudah tentunya mereka akan menderita dan menemui ajal dalam masa terdekat.
Sayangnya, seekor daripada mereka sangat aktif dan comel walaupun matanya tengah bengkak serta selsema hijau mengalir saja dari hidungnya. Makan pun berselera. Tak sampai hati rasanya saya hendak melihat dia pun akan pergi bersama yang lain.Tapi, saya hanya mampu nenberi dia symptomatic treatment sahaja. yang seekor lagi semakin teruk dan rasanya tidak lama lagi (2-3 hari) dia akan pergi juga..
cecair yg terkumpul di dlm ruang abdomen anak kucing yg mati. Warna kuning terang cecair ini menunjukkan positif FIP dimana cecair ini mempunyai level protein yang tinggi. Lihatlah banyaknya cecair yang dapat dikumpul dari abdomen anak kucing yang berat tidak sampai 500gram.
buah pinggang yang bengkak. salah satu post mortem findings yg penting dalam kes2 FIP.

hati (liver) bengkak dan kemerahan, another important post mortem finding of FIP case.
Hakikat pahit yang perlu ditelan ialah bila seekor kucing di dalam satu rumah dijangkiti virus ini, yang lain berkemungkinan besar dijangkiti juga. lebih2 lagi bila berkongsi bekas makanan dan air minuman.
Tahap kematian boleh mencapai 100%. Survivor adalah pembawa yang persis. Pembawa pula apabila stres, akan mula menunjukkan tanda2 yg serius.
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan? Sekurang2nya seminggu sekali, rendam atau bersihkan peralatan, sangkar yang digunakan kucing menggunakan peluntur yang dicairkan (paling baik nisbah 1:1 dan jgn lupa membilasnya selepas itu). Anda tidak perlu risau kerana virus ini tidak akan menjagkiti manusia sepertimana virus HIV kucing.