Friday, July 16, 2010

Kucing pun ada HIV??? (part 1)


Yup!! Itulah hakikatnya.

HIV kucing sepertimana HIV manusia di sebabkan oleh virus di dalam kumpulan yang sama. Di mana ia dinamakan Feline Immunodeficiency Virus dan cara virus ini menyerang kucing sama seperti HIV virus menyerang badan manusia.


 Tetapi manusia dalam apa cara sekalipun tidak akan dijangkiti FIV ini kerana FIV hanya spesifik untuk kucing sahaja dan kucing tak boleh dijangkiti HIV juga.


Tapi, macam mana kucing boleh dapat FIV ni?

Terdapat 3 cara:
  1. Melalui pergaduhan di mana adegan cakar-mencakar dan gigit-menggigit dapat dilihat
  2. perhubungan seksual (sexual transmission)
  3. ibu kucing kepada anak yang dikandung (hanya apabila di tahap awal ibu dijangkiti) serta susu dari ibu yang dijangkiti
  4. pemindahan darah di mana darah yang diderma tidak diperiksa dengan teliti (improper blood screening)
Tak nak kucing dapat FIV? Ikut tips ini:
  1. Kasi kucing anda sebaiknya sebelum mereka matang secara sexual iaitu pada umur lebih kurang 6 bulan- ini akan mengurangkan pergaduhan merebut pasangan dan teritori serta seks rambang.
  2.  Kurung kucing anda di dalam rumah atau sangkar atau elakkan membiarkan mereka merayau jauh dari kediaman anda serta berpeluang bergaul dengan kucing liar-ingat! kucing liar kebanyakkannya adalah pembawa kepada banyak penyakit, mengelakkan adalah lebih baik dari mengubati.
  3. Vaksinasi mengikut jadual-vaksinasi wajib 4in1 haruslah diberi setiap tahun. Vaksinasi FIV boleh didapati di klinik2 haiwan tertentu tetapi bincang dahulu dengan vet anda tentang pro dan kontranya sebelum diberikan kepada kucing anda.
  4. Berhati2 apabila hendak membawa kucing baru ke dalam rumah anda-kucing baru mungkin adalah pembawa, lebih2 lagi jika personalitinya garang, dominan dan lambat mesra dengan kucing yang lain-anda boleh screen kucing baru dengan membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu. Terdapat blood test untuk menentukan yang kucing tersebut adalah positif FIV atau tidak.

P/S: Post ini didekasikan khas kepada seekor kucing bernama Bintang yang selama ini menyinari hidup pemiliknya Sue. Bintang menghidapi FIV dan FeLV telah pergi meninggalkan kita pada 12 Julai 2010. Bintang seekor kucing yang sangat kuat dalam menghadapi penyakitnya. Semangat juangnya sangat memberi kesan kepada saya dan memotivasikan saya untuk tidak berputus asa merawat kucing2 lain.