Wednesday, July 21, 2010

Tikus yang Diracun Kucing yang Mati.

Warfarin. Inilah bahan aktif dalam kebanyakan racun tikus yang menyebabkan pendarahan pada rongga2 mulut, hidung, anus serta organ dalaman. Ini kerana ia adalah anticoagulant atau 'pencair' darah. Digunakan dalam perubatan manusia sebagai salah satu regim kepada penyakit jantung dan peparu (kes2 embolisma). Ia menghalang darah dari 'membeku'.






Kucing boleh mendapat keracunan warfarin dengan 2 cara; secara langsung atau tak langsung. Kucing secara langsung mendapat keracunan warfarin dengan menelan warfarin itu sendiri. Manakala, secara tidak langsung memakan atau menggigit2 tikus yang makan warfarin itu.


Apa yang anda boleh dilakukan sekiranya anda lihat kucing anda makan racun tikus?
Cepat2 berikan dia putih telur atau susu supaya racun tadi lambat diserap ke dalam sistem. Kemudian cepat2 bawa dia kepada doktor haiwan untuk diberikan antidot. Kucing yang termakan racun tikus mungkin memerlukan rawatan lebih daripada seminggu untuk benar2 dapat memastikan residue racun telah dikeluarkan semua dari dalam badan.


Apa yang terjadi jika lambat membawa kucing yang keracunan mendapat rawatan?
Kucing itu walaupun dengan rawatan agresif yang diberikan mempunyai peluang yang sangat rendah untuk hidup. Lebih2 lagi jika organ dalaman yang penting seperti otak, hati, buah pinggang, paru2 dan jantung telah rosak. Dos pembunuh warfarin sangat kecil iaitu kurang dari 800mg per kg (kucing biasa rata2 seberat 3kg boleh mati dengan hanya termakan 2.4g racun tikus sahaja!!!).

 Diagram di atas menunjukkan beza antara pendarahan sebelum berlakunya pembekuan dan pendarahan selepas berlakunya pembekuan darah. Racun tikus menyebabkan mekanisma pembekuan darah terbantut, menyebabkan pendarahan pada salur2 darah terutama salur2 darah yang kecil. 

Risiko kucing mendapat keracunan warfarin adalah tinggi apabila kucing tersebut gemar bermain dengan tikus, pandai menangkap tikus serta yang kelaparan yang akan makan apa sahaja termasuk umpan racun tikus.

Oleh itu, berhati2 lah apabila ingin meracuni tikus di rumah kerana kucing anda mungkin menjadi mangsa. Kajian menunjukkan tikus semakin resistant kepada racun tikus yang sering digunakan kebanyakan kita. Jadi, haiwan lain lebih terancam daripada si tikus..

Lainlah kalau ini yang terjadi....
 
Sekian.