Thursday, July 22, 2010

Kura2 Kecil yang Comel

Kalau post2 lain, asyik cerita pasal kucing jer, post ni kita tukar topik lain plak, still pets tapi pasal kura2 kecil. Alaaa, yang salu ada kat pet shop tu; kecik2, ijau2,comel2. Jadi dengan ini diperkenalkan...
 Cik Red-eared Slider!!

Comelkan? Teringat masa saya lepas SPM dulu, ada bela 2 ekor yang macam ni. Masa tu harga dia dalam RM7 seekor. Tapi, lepas 1 minggu yang seekor mati. Yang seekor lagi tu hidup gembiranya sampaila satu hari bila adik paling bongsu saya punya tahap sifat ingin tahunya maksima menjadikan kura2 tu mangsa. Ishhh..ishh..ishh..Nak tau apa dia buat kat kura2 comel saya tu?

Kura2 tu dijadikan spesimen pertama kelas anatomi kura2 kepada budak yang berumur 4 tahun. Dia di'kopak' hidup2!!! Alahai...siannyer..apalagi, dengan amarahnya saya tanya pada adik,'kenapa buat kura2 tu macam tu?'. Selambanya dia jawab,'adik nak tau apa ada dalam 'rumah' dia'...aisshhh..huhu..
Pada yang tertanya2 apa dalam 'rumah' kura2 tuh, sila lihat ini..


walaupun ini adalah anatomi penyu, tetapi anatomi kura2 tidaklah jauh berbeza dengan yang ada pada gambar ini.

Mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak beza antara jantan dan betina. Tengokla nih...

jantan                     betina   


Sekarang dah taukan, so senangla lepas ni kalau nak bela sekor 2...
 tp jgn lupa buat research tentang penjagaan kura2 sebelum membeli diorang..bukan apa, dengan adanya pengetahuan tentang selok belok penjagaan kura2, mesti lebih mudah nak jaga mereka..tak gitu?


Notes: all pics used are not mine.They are taken from websites related to red-eared sliders or tortoises.