"Kak!! Kucing ni dah nazak..", kata seorang lelaki padaku sambil menghulurkan sebuah kotak kasut bertutup.
Huh? Ada kucing dalam kotak tu? Kuselak penutup kotak tu dan nampak seekor anak kucing berusia 4 bulan sudah tidak bernafas.
"Dik, kucing ni dah matila. Tak bernafas dah".
"Tak kak. Hidup lagi. Tadi masih bernafas masa nak bawa ke sini."
Untuk memuaskan hati mereka berlima aku pun bawa masuk mayat kucing tu ke dalam consultation room dan membuat pemeriksaan sedikit. Memang dah tak bernafas. Kuambil stetoskop, pasangkan ketelinga dan cuba mencari bunyi degupan jantung kucing malang itu. Seperti yang kusangkakan, senyap sunyi walaupun badan mayat kucing itu masih panas. Sudah terlambat.
Aku memandang wajah hampa mereka satu persatu. Kesian...simpati dan empati.
"Kenapa dengan kucing ni?", tanyaku mula menyiasat.
"Dari sebelum raya haritu dia tak berapa sihat. Tapi, dah bagi ubat dah".
"Dah bagi ubat? Ubat apa? Dari mana dapat?"
"Dari pet shop dekat Seksyen * tu".
Owh, pet shop yang berjarak 3.4 kilometer dari klinik ni dah memandai bagi prescription rupanya.
Mmmm..takpe.
"Ubat apa dia bagi?"
"Glukos, pil kecik kaler kuning, vitamin kot dan ubat demam."
"Siapa yang bagi ubat2 tu? Doktor vet?"
"Saya tak taula, kakak saya yg bawak. Org tu cakap kucing ni dah teruk. Dah kuning. Kenapa boleh jadi macam ni ek?"
"Mungkin demam kutu sampai jaundice ataupun viral infection. Tu yang commonla. Tp, mungkin juga terkena racun..."
"Tapi semalam lepas saya bagi glukos tu, dia cergas siap main2 lagi dengan saya",yang lain membuka bicara.
"Awak kena faham. Glukos tu memberi tenaga segera. Of course, bila dia bertenaga, dia cergas. Tapi, lepas habis glukos tu dalam badan, dia akan kelepet balik. Ubat2 yang awak dapat tu tak mengubat punca utama dia sakit. Sepatutnya dia dapat antibiotik. Dan bila dia kuning, dia sepatutnya dapat ubat untuk protect hati dia." Sambil aku teruskan membelek-belek kucing tu.
Kudapati, kucing itu tidak kuning seperti yang dikatakan. Dan badannya sangat kurus tetapi perutnya kembung. Walaupun aku tak sempat mendengar bagaimana bunyi pernafasannya, tapi aku mengagak yang peparunya tidak normal kerana disaat aku mengeluarkannya dari kotak, terdapat cecair keluar dari hidung dan mulutnya. Ditambah pula dengan dialog ini..
"Sebelum ni dia macam susah nak bernafas.."
Ternyata tekaanku betul apabila aku diberitahu kucing ini berasal dari jalanan. Dikutip dan dijaga mereka serumah yang menyewa dan belajar di IPTS berdekatan.
Hati kecilku terdetik, budak2 lelaki ini mempunyai hati yang lembut dan tulus sanggup menjaga kucing terbiar ini walaupun masih menuntut. Dan mereka bersama2 menjaga dan merawat kucing ini semasa hayatnya. Sungguh tak sangka jikalau melihat dari luaran mereka yang agak2 brutal dan macho..
Tetapi, alangkah bagusnya jika mereka mendapatkan khidmat rawatan dan nasihat yang sewajarnya ketika mula2 kucing itu sakit.
Di saat ini aku mula terfikir yang student selalunya bimbang tentang kos rawatan. Bagi aku, itu bukan masalah besar kerana perkara ini sentiasa boleh dibincangkan kemudian. Yang penting nyawa kucing itu.
Perlu aku nyatakan di sini, aku tidaklah sekejam itu untuk 'menyembelih' pemilik2 kucing dengan mengenakan charge yang tak munasabah.
Dan aku tidak mengenakan apa2 charge pun pada mereka ketika itu walaupun sebenarnya aku boleh.
Apa yang aku kesalkan, kenapakah terdapatnya golongan seperti di pet shop (seperti di atas) yang sanggup berbuat demikian? Memberi preskripsi sedangkan tak sepatutnya seperti tikus membaiki labu..dan akhirnya kami golongan profesional ini yang diharapkan membaiki labu yang sudah hancur menjadi gulai lemak. Bukan itu sahaja perlu menjawab soalan2 yang timbul secara panjang lebar dan perlu berhadapan dengan wajah2 hampa, kecewa dan sedih serta marah. Malangnya, selalu terjadi apabila semuanya sudah terlambat.
"Sukahati akulah, aku punya duit. Aku nak bagi bukan vet yang buat, terpulang pada aku. Dia boleh buat, apa salahnya". Dialog ini pernah kedengaran dan diucapkan dengan begitu selamba. Pedih mendengarnya, dan pahit pula untuk ditelan.Ya, itu duit anda, terpulang pada anda bagaimana anda belanjakannya. Tapi, pernah anda terfikir keselamatan kucing (atau haiwan kesayangan) anda yang bukan hak anda sepenuhnya, hanya dipinjamkan oleh Tuhan untuk memberi kegembiraan dan menghiburkan anda? (walaupun anda membelinya).
Seharian selepas apa yang berlaku, fikiranku tidak berhenti dari mengenangkan perkara ini yang nampaknya tidak berkesudahan. Apa yang kutahu, perkara ini akan berterusan seperti juga dadah, selagi ada permintaan selagi itu ia di black market dan selagi itu penagih wujud. Selagi ada yang masih menyokong mereka, golongan yang tidak bertanggungjawab ini (doktor vet tak bertauliah), selagi itu, perkara ini berlarutan.
Students itu pergi meninggalkan aku yang tengah ligat berfikir. Sambil keluar mereka membincangkan tentang pengebumian kucing itu. Bolehkah mereka menangkap mesej2 yang aku hendak sampaikan tadi? Hanya masa yang menentukan.