Salam semua.
Sama ada anda sedar/tahu atau tidak, sepanjang minggu ini kita digemparkan dengan berita tentang berleluasanya doktor haiwan palsu di Malaysia terutama di KL dan Selangor. The Star dan NST telah mendedahkan semuanya. Tapi, ini bukan isu baru. Jika anda semua perasan, saya acap kali menulis tentang perkara ini dalam entry2 yang lepas.
Pentingnya perkara ini adalah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada makhluk tuhan yang comel2 itu juga. Mereka teraniaya namun mereka tak bersuara. Jadi, jika anda rasa anda pernah diperdaya oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab ini, sila buat aduan kepada pihak penguatkuasa di JPV HQ Putrajaya. Jika ramai yang bersuara tentunya tindakan akan diambil dengan segera. Jika masing2 tidak kisah, maka isu ini akan lenyap begitu sahaja dan orang yang sepatutnya dihadapkan kemuka pengadilan masih lagi bermaharajalela menipu pengguna serta menganiaya haiwan2 yang tak berdosa.
Wahai sekalian pemilik dan pencinta haiwan yang saya cintai, mari kita sama bangun bersatu dan buang sikap 'tak peduli' dan mula bertindak dari sekarang. Jangan biarkan diri anda diperdaya dan ditipu lagi. Ketahui hak anda sebagai pengguna.
Di sini saya akan sertakan link2 berita2 tersebut untuk tatapan kita bersama. Semoga banyak yang kita dapat perbaiki dan sumbang setelah membaca artikel2 ini:
Semua link2 di atas adalah artikel berbahasa Inggeris. Berita bahasa bangsa tidak menyiarkan satu pun tentang perkara ini dan ini membuat saya begitu sedih. Bagi saya, mereka lebih mementingkan berita sensasi gosip2 artis dan propaganda politik. Di mana silapnya. Bagaimana orang kita boleh disedarkan tentang isu ini jikalau kisah kehidupan artis yang asyik di'suap' kepada kita. Sesuatu yang SANGAT menyedihkan.
Dan seperkara lain yang lebih menyedihkan, ada segelintir orang yang tak bertanggungjawab ini diberi pujian dan publisiti melebih2 oleh media bahasa bangsa. Di sini terlalu banyak pembohongan wahai kalian semua. Dan inilah titik permulaan pengguna mula percaya kepada mereka kerana mereka ini popular. Siapa sangka si 'popular' inilah penipunya kan? Tapi inilah kenyataan. Nauzubillahminzalik.
Ini gambarnya:
Orang awam di sana cepat sahaja tahu wajah org yg bersalah.
Sekian. Mari kita sama renungkan.