Salam ceria semua. Kali ini saya nak kongsikan luahan hati bekas majikan saya yang telah berpengalaman selama lebih 5 tahun dalam perubatan haiwan kesayangan. Apa yang diluahkan pemilik Klinik Haiwan Lynn, Shah Alam ini juga sering dilalui Vet2 lain seluruh Malaysia. Hayatilah;
Tajuk: vets are ordinary person NOT supernatural
Jadi kalau anda telefon atau pergi klinik haiwan, pastu anda bertanya pada VET soalan seperti berikut....
1-dulu saya ada kucing , pastu dia kurus, taknak makan pastu dia mati kenapa ek?
2-kucing saya hilang balik kaki dia macam sakit..patah ke?
3-kalau saya bawak kucing saya ke klinik kucing saya boleh sembuh ke?
4-kucing saya ni kurus,taknak makan dah seminggu, dia sakit apa?
5-anak kucing saya mati? kenapa dia mati?
dan bila anda diminta membawa pets anda untuk diperiksa janganlah anda.....
- marah VET
- cakap " hey you kan vet takan you tak tahu"
DAN bila anda membawa si comel untuk diperiksa......bila VET tanya "kenapa dengan kucing encik?"
- kalau i tahu i tak bawa kucing i g klinik
- you vet you la bagi tau i dia sakit apa
- you kan vet i should ask u...not you ask me
- ntah you check la
memanglah VET patut tahu tapi VET perlukan maklumat seperti;
- makan , minum, berak, kencing,
- perubahan warna , bentuk,
- jangka masa baru , lama , kerap , kadang-kadang, selepas, sebelum
just imagine you see GP , anda juga pasti di tanya ya En sakit apa? betul tak?
sama jugalah...when you see VET , vet tanya.... tapi takan VET nak tanya dekat kucing atau haiwan anda... nanti kalau dia jawab you yang pengsan haha......
Mungkin tugas doktor haiwan akan lebih mudah jika haiwan boleh meluahkan apa yang dialaminya.
Ataupun....
Doktor haiwan dianugerahkan Tuhan dengan keupayaan untuk memahami bahasa haiwan.
Kesimpulannya, kami sebagai doktor haiwan sebenarnya memerlukan maklumat2 yang tepat daripada pemilik haiwan supaya kami dapat memberi diagnosis yang tepat. Kami akan menghadapi kesukaran untuk mengetahui masalah sebenar haiwan (pesakit kami yang tidak boleh beritahu sendiri apa sakit mereka) jika kami hanya mendengar masalahnya daripada pemiliknya ataupun dengan hanya memeriksa haiwan tersebut tanpa mengetahui history (maklumat dari pemilik haiwan). Oleh itu, sila beri kerjasama kepada doktor haiwan dengan memberi maklumat yang diperlukan apabila ditanya oleh doktor haiwan anda. Anda tentu tak akan menyesal..