Mesti anda ingat ni watak kartun adik beradik kepada Hello Kitty (Kucing yang saya paling minati di zaman sekolah menengah dulu). Ataupun, kucing berwarna kuning yang Mat Salleh gelar ginger.
Doralin, adek Doraemon. I wonder how to evaluate jaundice in her?
Salam bahagia semua.
Sebenarnya ini bukan tentang warna kucing, tetapi tentang satu penyakit yang melibatkan satu komponen di dalam badan yang dinamakan bilirubin. Apabila kandungan bilirubin terlalu tinggi di dalam badan, kulit, mata dan gusi akan berwarna kuning. Keadaan ini pula dipanggil jaundis.
Apakah itu bilirubin dan jaundis?
Sel darah yang merah yang pecah.
Bilirubin -> bahan yang terhasil apabila sel darah merah pecah di mana ia berwarna kuning dan memberi warna kepada air kencing. Dikumuhkan melalui hempedu dan urin.
Jaundis -> Keadaan di mana jumlah bilirubin terlalu tinggi di dalam badan menyebabkan kulit, mata serta gusi berwarna kekuningan.

Jaundis biasa berlaku pada bayi baru lahir, seperti apa yang kita selalu dengar bayi 'demam kuning'. Sebenarnya, haiwan pun boleh terkena demam kuning juga..
Tak percaya? tengok ni....
Dua gambar ini menunjukkan seekor kucing yang jaundis (demam kuning) di mana kita dapat lihat kulit pada cuping telinga dan matanya berwarna kekuningan.
Bagaimana boleh terjadinya jaundis?
Sebab/ punca terjadinya jaundis terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
- Jaundis sebelum hati (prehepatic jaundice) - jaundis jenis ini tidak melibatkan hati. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah dengan banyaknya dengan kadar yang tinggi berbanding kadar normal seperti dalam penyakit parasit darah.
- Jaundis berkaitan hati (hepatic jaundice) - jaundis jenis ini disebabkan ketidaknormalan hati seperti hati yang sedang mengalami inflamasi, tisu2 hati yang rosak. Ini kerana sel2 hati diperlukan untuk metabolisma bilirubin sebelum dapat dikumuhkan contohnya hepatitis. Apa yang berlaku kepada bayi yang mengalami demam kuning adalah dari jenis ini kerana hati mereka tidak cukup matang untuk memproses bilirubin.
- Jaundis selepas hati (posthepatic jaundis) - batu karang di dalam salur hempedu adalah contoh jaundis dari jenis ini. Walaupun bilirubin dapat dimetabolismakan seperti biasa tetapi ia tidak dapat dikumuhkan melalui najis dan menyebabkannya terkumpul dan berbalik semula ke dalam salur darah.
Bahayakah jaundis?
Ya. Ada beberapa komplikasi berkaitan jaundis seperti kerosakan sel2 hati, pankreas dan yang paling teruk ialah kerosakan otak yang boleh menyebabkan kematian.
Akhir kata, jika haiwan anda menunjukkan tanda2 seperti monyok, tak nak makan dan kurang aktif, belek2 lah telinga, mata dan gusinya. Mana tahu haiwan anda sedang mengalami demam kuning.