????*blur*
Soket apa pulak ni?
Salam ceria dan barakah semua. Maaf sekali lagi kerana lambat mengeluarkan entry baru.
Soket yang akan saya kongsikan ni bukanlah soket lampu atau apa2 pun berkaitan elektrik dan elektronik.
Ini sebenarnya soket MATA.
Terkejut?!!! Jangan dulu, tengok gambar ini dulu baru boleh terkezut.....
Bulatan merah menunjukkan bebola mata terkeluar dari soketnya. Tisu bebola mata ini telah sama sekali reput dan rosak. |
Saya tahu mesti ada diantara anda rasa gambar ini agak berunsur 18SG. Inilah keganasan terhadap haiwan. Kucing ini disyaki dilanggar oleh motosikal di bahagian kiri mukanya (jikalau kereta sudah tentu kedua2 matanya jadi begini) di mana hentaman yang kuat mengakibatkan bebola matanya terkeluar serta tulang rahang bawahnya sedikit patah.
Kucing yang diberi nama Yogi ini masih mahu makan dan aktif ketika dibawa kepada kami. Keadaan matanya yang sebegitu hanya mengganggunya ketika hendak makan dan minum (mata itu terkeluar melebihi mulut, jadi.....). Gambar di atas diambil selepas dia dibiuskan sebelum prosedur mengeluarkan mata itu dilakukan. Prosedur ini dikenali senagai EYE ENUCLEATION.
Sebelum itu...
Yogi menjilat mulut selepas makan IAMS. He is just a great fighter.
Jom kita jenguk anatomi mata..
Gambar di atas menunjukkan bebola mata dan otot2 mata yang mengawal pergerakan mata kita ke kanan kiri atas dan bawah. Garisan putus2 merah menandakan otot yang tercabut dalam kes Yogi. Otot yang ditandakan simbol tick pula ialah otot mata yang tertinggal yang menyebabkan bebola mata tu tergantung.
Yogi beruntung kerana ditakdirkan bertemu dengan sebuah keluarga yang sanggup membawanya untuk rawatan dan menjaganya kerana Yogi pada asalnya hanyalah menumpang makan di rumah keluarga itu.
Bagaimana rupa Yogi setelah prosedur berjaya?
|
v
Yogi yang tengah minta tambah makanan. Maaf atas ketidakjelasan gambar kerana Yogi sangat teruja bila kita jenguk dia, jadi susah nak ambik gambar dengan baik (plus kami cuma guna kamera phone).
Selepas bebola mata dikeluarkan, selaput mata dibahagian dalam akan dijahit. Kemudian, kelopak mata atas dan bawah juga dijahit untuk tidak mendedahkan bahagian dalam soket mata yang kosong kepada jangkitan.
Kami juga mencadangkan kepada pemilik Yogi supaya mengkasikannya. Ini untuk mengelakkan Yogi kerap keluar rumah dan mengelakkan dia menjadi mangsa langgar lari lagi di kemudian hari. Jadi dengan rasminya status Yogi telah pun bertukar kepada castrated male dan tidak akan menyambut Father's Day lagi selepas ini.
Harapan kami Yogi menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bahagia disamping keluarganya.