Wednesday, June 12, 2013

Pembasmi Kuman 2 Dalam 1


Dengan lafaz Bismillah, kami mulakan nukilan yang dinanti-nanti ini.

Fans dan Followers Fanpage Fb kami, HONEY Pet Shoppe pasti lebih memahami entri ini.

Ini kerana mereka sudahpun rebut peluang menjadi antara pencinta kucing pertama untuk mencuba dan menggunakan produk, yang kami formulakan sendiri setelah bertahun-tahun pencarian kami.


Untuk melihat post penuh, boleh klik di sini.

Melalui post ini, kami dapati ramai teruja mahu memiliki produk ini, dan rupa-rupanya masalah ini dialami ramai pemilik kucing di luar sana.

Sejarahnya, sebelum ini untuk membasmi kuman di sangkar serta seluruh klinik termasuk meja di Bilik Konsultasi dan Surgeri, kami menggunakan larutan Clorox yang dicairkan.

Dahulu, kami cairkan larutan produk ini kepada 1:1 bagi membasmi kuman di HVC.
Gambar ihsan Google Image Search.


Kerana pada masa itu, berdasarkan maklumat dan sumber yang kami ada, Klorin adalah pembasmi kuman bakteria dan virus serta fungus yang berkesan. Alatan grooming pun kami akan rendam di dalam larutan Klorin setelah grooming kucing yang menghidapi fungus.

Masalahnya ialah, baunya yang tengik serta larutannya yang agak menghakis kulit. Apabila digunakan berdekatan kucing, kucing akan terkejut dengan bau Klorin yang kuat dan akhirnya menyebabkannya agak stres.

Masalah lain pula, ia memerlukan masa kontek yang lama iaitu minimum 10 minit untuk membasmi kuman. Sebab itu, dahulu, kami akan nasihatkan supaya selepas mencuci permukaan atau sangkar dengan Clorox, pastikan untuk biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya.

Ini satu produk yang kami temui di satu hypermarket. Malangnya, kami tak menemui apa-apa maklumat tentang bahan aktif yang tertera pada label. Tetapi, apabila dihidu, baunya sama dengan Clorox. Clorox adalah peluntur. Pengalaman kami menggunakan larutan Klorin yang dicairkan, ia merosakkan fabrik serta beberapa barangan besi.


Masa itu emas. Ini masalah besar buat kami yang perlu memeriksa pesakit demi pesakit di Bilik Konsultasi pada kadar yang cepat.

Disebabkan itu, kami terpaksa mencari alternatif lain.

Kami pernah juga mendapat pertanyaan tentang keberkesanan Dettol, sebagai disinfektan pembasmi kuman. Ini penemuan kami;

Dettol, bahan aktifnya Chloroxylenol hanya berkesan kepada bakteria dan fungus sahaja.Tidak kepada virus.

Kami tertipu apabila terbeli satu produk keluaran syarikat tempatan yang claim pada botol sebagai Pet Disinfectant, tiada label bahan aktif dan mempunyai gambar hamster dan arnab pada botolnya, apabila mendapati kandungannya hanyalah Dettol yang dicairkan.
Gambar ihsan Google Image Search.

Sedangkan membasmi virus sangat penting, kerana ada beberapa virus bahaya kepada kucing perlu dibasmi apabila wabak atau jangkitan berlaku. Contohnya virus FIP, Panleucopenia dan Feline Leukemia yang banyak membawa kepada kematian kucing.

Semestinya di klinik, aspek membasmi virus sangat penting. Kami tak mahu kucing yang hanya mengalami masalah kulit, tiba-tiba mendapat jangkitan virus akibat meja yang tak dibersihkan dan didisinfek dengan berkesan.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kami menemui satu disinfektan yang efektif kepada bakteria, virus dan fungus secepat 1 minit contact time dengan permukaan yang mengenainya.


Tetapi, kami menemui masalah lain pula. 

Begini kisahnya;

Satu hari, kami didatangi kes anak kucing menghidap Panleucopenia Virus atau nama femesnya Parvo.

Kucing parvo mempunyai simptom cirit-birit yang hanyir. Ini kerana terdapat darah dalam najisnya yang cair tersebut. Bau itu akan menusuk hidung dan selalunya bertahan di udara dan permukaan yang mengenainya.

Walaupun kami telah gunakan disinfektan tersebut, dan memastikan tiada kotoran pada mata kasar yang tertinggal, tetapi baunya tetap melekat.

Lantas kami cuba buat inovasi. Kami campurkan pewangi dari bahan semulajadi kepada disinfektan dengan kadar yang sesuai, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak, lalu mencubanya sendiri.

Masha Allah, kesannya sangat menakjubkan. Bau hanyir hilang dengan pantas. Ini membuatkan kami sedar, produk ini akan membantu ramai pemilik dan pencinta kucing di luar sana.

Inilah alternatif lebih baik berbanding Clorox dan Dettol untuk kegunaan kucing kesayangan kita. Ia membasmi masalah 2 dalam 1.

Baiklah, sekarang kami akan ceritakan tentang cara penggunannya pula;

Sila tonton video amatur ini:


Mohon abaikan 'soundtrack' video ini. Ia tiada kena mengena dengan keberkesanan disinfektan ini dan cara penggunaannya.

Di dalam video yang tak seberapa ini kerana telah dirakam melalui Tab, dapat dilihat bahawa personale tersebut hanya sembur disinfektan dari jauh. Ini kerana kami mendapati, spray pump botol ini berkualiti tinggi dan power serta mempunyai coverage besar.

Setelah sembur dalam amaun yang mencukupi, lapkan permukaan kotor dengan tisu pakai buang. Perhatikan personale ini mengelap permukaan dengan cara tersendiri, bukannya seperti mengelap meja makan.

Ini kerana apabila mengelap permukaan dengan satu hala sebegitu, ia akan membersihkan permukaan dengan efektif. Dengan teknik ini, kawasan yang telah bersih tidak akan terkena kotoran lagi, kan?

Mudah sahaja. Cuma ikut sahaja cara yang kami tunjukkan, In shaa Allah, ia sangat membantu mengurangkan masalah permukaan tercemar dan berbau.


Berikut adalah beberapa klien yang telah pun membeli 2in1 Pet Disinfectant dengan harga Prelaunch:


  • Termizi Bidin, Ampang
  • Norlaila Che Murat, Chemor
  • Nadiatul Farhana, Batu Caves
  • Nur Hazmira Aina Kazeri, Sg. Besar
  • Daisy Halid, Georgetown
  • Sarah Zameri, Shah Alam
  • Shahfiza Md. Noh, Kuala Lumpur
  • Nurul Salwana, Sabak Bernam
  • Nurul Syarafina, Bangi

Terima kasih kepada semua klien yang ohsem ini. Ada yang beli 2in1 Pet Disinfectant sekali dengan tiket ke Seminar cat Grooming DIY kami 16 Jun ini.
Syabas kepada mereka.

*Jika ada nama yang tercicir, maafkan kami ya.

Untuk pembelian online, boleh ke link ini Beli 2in1 Pet Disinfectant Online.


Produk ini masih down to earth kerana pakejing yang sempoi. Tunggu kemunculan produk ini dengan label dan pakejing yang lebih menarik serta lengkap.

Atau whatsapp 019 347 3717.

Sebotol hanya RM20, RM10. Pembelian online akan dikenakan caj poslaju sebanyak RM7 untuk maksima 4 botol.

Bahan aktif produk ini ialah;
Aqua, Quartenary Ammonium Compounds, Biguanide dan fragrance.

Kepada yang telah mencuba produk ini, kami mohon jasa baik anda semua untuk mengisi borang maklumbalas ini;

Borang Maklumbalas Produk HoneyVets.

Sampai di sini sahaja nukilan kami. Sebarang pertanyaan lanjut dan komen dialu-alukan di ruangan komen di bawah. Kami akan sedaya upaya membantu.

Alhamdulillah. Sekian.