Thursday, December 22, 2016

APA BEZA FUNGUS DAN KURAP KUCING?

Salam.

Ramai catparent yang masih keliru antara kurap dan fungus.

Tengok perbezaan 2 situasi di klinik ni,
Situasi A

Klien A masuk klinik bawa kucing ke kaunter,

Klien A: Kucing saya kurap. Gatal-gatal satu badan. Dah botak dan dia.

Bila masuk dalam bilik pemeriksaan, Vet cek kucing. Memang botak kucing tu. Kulit merah-merah dan kucing menggaru.

Bila pancar lampu UV kat tempat kulit botak tu, ada tempat yang menyinar lebih (flourescent). Confirm fungus!

Situasi B

Klien B masuk klinik bawa kucing ke kaunter,

Klien B: Kucing saya kurap. Berkeruping telinga dan muka dia. Asyik menggaru telinga je.

Bila masuk dalam bilik pemeriksaan, Vet cek kucing. Telinga kucing tu penuh keruping. Ada kesan luka cakar di telinga.

Bila ambil sampel di kulit telinga tu, dan lihat bawah mikroskop, tu dia.....nampak hama kurap tu sedang berparti.
********************

Jadi, dari 2 cerita di atas, nampak tak beza kurap dan fungus?

Jom kita tengok siapa 'penyangak' di sebalik kurap dan fungus kucing?

Ini hama kurap. Hama ni dan kaum kerabat dia suka berkampung di bawah lapisan kulit kucing.


Inilah rupa kucing yang ada fungus dan disuluh bawah lampu UV. Bahagian yang lebih menyinar tu adalah bahagian yang positif fungus.


Inilah rupa penyangak fungus kucing bawah mikroskop.

Dah makin nampak beza kurap dan fungus kucing kan?

Antara kurap dan fungus kucing ni, ada satu yang boleh menjangkiti manusia.

Terkejut?

Ini fakta dan 50% klien yang datang klinik bawa kucing fungus sedang dijangkiti fungus juga.

Nak tahu apa rupa fungus ni pada manusia. 

Tengok gambar kat bawah ni....


Kurap kucing tak berjangkit kepada manusia. Hama tu tak suka kulit kita.

Makanya, rawatan kurap dan fungus ni pun berbeza juga.

Nak rawat fungus kucing kenala bagi ubat antifungus kepada kucing.
Nak rawat kurap kucing, kenala bagi ubat antihama kepada kucing.

Setakat ni, tiada lagi satu ubat ajaib yang boleh rawat dua-dua fungus dan kurap kucing ni.


Walauapapun, kalau kucing kita nampak macam garu-garu, bulu gugur, botak sini sana, cepat-cepat bawa cek.

Lagi cepat bawa cek, lagi jimat kos.

Sekian untuk kali ni.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai saat ni.