Monday, March 31, 2014

Masalah kucing luka tak sembuh-sembuh


Soalan dalam gambar ini diutarakan oleh seorang pemilik kucing yang menetap di Pantai Timur.

Sebelum ini, kucingnya menghidapi jangkitan fungus berbahaya, iaitu Sporothricosis. Jangkitan ini berupa luka di kulit yang tidak baik-baik walaupun dengan rawatan antibiotik.

Kucing ini adalah kucing jantan yang bebas bermain di luar rumah, sebelum mendapat jangkitan fungus bahaya tersebut.

=======
Kucing derita, poket kita juga derita
=======

Jangkitan sporothricosis ini menelan kos rawatan yang besar serta memakan masa yang panjang. Minimum ia perlu mengambil ubat antifungus ialah sebulan ke 6 bulan sebelum perubahan ketara dapat dilihat.

Ada kes di mana, kucing sembuh lukanya, tetapi keadaan kesihatan bertambah teruk akibat kesan sampingan antifungus tersebut.

Dalam proses rawatan juga, kucing ini mampu menjangkiti kucing lain serta manusia dengan fungus bahaya tersebut jika langkah berjaga-jaga tak diutamakan.

=======
Langkah pencegahan masalah
=======

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah kucing luka sebegini ialah;

+ kasikan kucing -> kucing jantan yang matang akan kerap bergaduh bagi merebut kawasan dan pasangan. Apabila bergaduh, pastinya mereka akan mendapat luka-luka cajaran dan gigitan.

+ kurungkan kucing -> kucing yang luka elok dikurung dan segera dibawa untuk rawatan. Luka yang terdedah kepada pasir dan kotoran di luar itulah yang mengundang masalah jangkitan fungus bahaya itu.

Dalam ebook 7 Langkah Kawal Bajet Kucing, kami ada membincangkan perihal perkara yang boleh bantu pemilik kucing BERJIMAT hingga ribuan RM, dalam perbelanjaan rawatan kucing.

Dapatkan ebook ini di >>http://tinyurl.com/p7pkwvg<<

Runsing dengan masalah kucing?
Luahkan saja di >>http://tinyurl.com/l3et3z4<<

Sunday, March 30, 2014

Si Kucing Tua

Ada mesej besar dalam gambar ini.

Untuk renungan kita bersama.

Yang muda akan tua.
Yang hidup akan mati.

Tidak terlalu lambat untuk kucing tua yang bergelandangan diberi peluang mendapat rumah dan keluarga, bagi melalui sisa-sisa hidupnya.


In shaa Allah, kami akan kongsi tips jaga kucing senior.

6 Sebab Kucing Kita Sangat Perlukan Vaksin

Assalamualaikum wbt semua.

Bismillah.

Antara tugasan Doktor Veterinar adalah untuk memberikan maklumat mengenai kepentingan vaksinasi pada haiwan kesayangan, peliharaan mahupun ternakan.

Vaksin kucing adalah asas kepada kesihatan kucing. Ini untuk elakkan kucing kita dijangkiti penyakit virus dan bakteria tertentu yang sangat mudah menjangkiti kucing.

erikut adalah sebab kukuh kenapa kucing sangat perlukan vaksinasi.

#1 Supaya Kucing Tak Mudah Selsema

Selsema kucing disebabkan oleh Herpesvirus. Pada awal jangkitan, kucing akan kerap bersin. Tak lama kemudian, hingus cair jernih akan mula meleleh dari hidungnya.

Kedaan akan bertambah teruk apabila rawatan awal tak diberikan. Hingus yang cair jernih tadi akan mula pekat dan kuning kehijauan akibat jangkitan bakteria pula.




Bakteria mula join the party apabila badan kucing sudah lemah akibat jangkitan virus tadi. Virus selalunya akan open the door kepada bakteria untuk menjangkiti badan.

Dan, bila keadaan berlarutan tanpa rawatan yang betul, kahak mula berkumpul di dalam salur pernafasan kucing. Kucing mula batuk-batuk, semakin monyok dan sukar bernafas.

Dalam kes teruk, peparu kucing akan dipenuhi nanah, dan kucing bernafas melalui mulut dengan mulut terbuka, serta meregangkan leher untuk bernafas. Apabila jangkitan di dalam peparu semakin teruk, kucing akan kekurangan oksigen dan lama kelamaan kucing boleh mati.

Hepersvirus juga berpotensi menyebabkan sakit mata pada kucing. Mata kucing akan berair dan kemerahan.

Herpesvirus adalah antara komponen di dalam Vaksinasi Asas kucing, yang boleh diberikan seawal umur 2 bulan.

#2 Supaya Kucing Tak Mudah Sakit Mata

Selaput kucing akan kemerahan dan sangat bengkak apabila dijangkiti kuman Chlamydia. Bengkak mata ini pula disusli denga kegatalan mata yang amat sangat.

Dalam keadaan yang teruk kerana dibiarkan tanpa rawatan, mata yang sangat bengkak tersebut tercantum dan sukar dibuka. Lama kelamaan mata tersebut tak dapat diselamatkan.




Kuman Chlamydia ini boleh berjangkit kepada manusia. Oleh itu, mengelakkan kucing dari terkena jangkitan adalah penting bukan sahaja untuk kucing, tapi untuk kita juga.




Kuman Chlamydia juga antara kompenen di dalam Vaksinasi Asas kucing.


#3  Supaya Kucing Tak Mudah Sakit Mulut

Kucing yang sakit mulut biasanya akan meleleh air liur, tidak mahu makan dan minum langsung serta air liurnya pekat dan busuk. Sakit mulut pada kucing boleh diakibatkan oleh virus.

Calicivirus menyebabkan mulut kucing ada ulser (rujuk gambar di bawah). Sama seperti kita, apabila mulut ada ulser, ia sangat pedih. Dalam kes teruk, hampir separuh lidah dipenuhi ulser.



Lidah kucing tersebut hilang duri-duri dipermukaannya akibat ulser ini. Kekadang kucing tak mampu menutup mulut akibat ulser teruk kerana terlalu sakit.

Calicivirus merupakan salah satu komponen dari 4 komponen Vaksinasi Asas kucing.

#4 Supaya Kucing Tak Mudah Cirit Berdarah

Kucing cirit biasa adalah masalah biasa yang dijumpai. Tapi, apa yang luar biasa apabila cirit kucing itu dipenuhi darah. Bau najis yang cair kemerahan itu juga sangat hanyir.

Kucing yang dijangkiti pula monyok, selalu dijumpai termenung di depan bekas air, tidak mahu makan langsung serta teraring lemah. Kekadang kucing juga muntah-muntah.

Kucing yang cirit luar biasa ini kemungkinan besar dijangkiti Panleukopeniavirus, ataupun bahasa common yang biasa digunakan oleh Vet adalah Parvovirus. Anak kucing yang dijangkiti virus ini agak tipis peluang untuk hidup.




Ini kerana, anak kucing yang sudah sedia lemah dari segi imuniti apabila dijangkiti virus ini sangat cepat meneruk. Dalam masa 3 hari sejak mula simptom dilihat, anak kucing boleh menemui ajal, walaupun dengan rawatan.

Virus ini mampu membuatkan sum sum tulang yang merupakan kilang darah shut down. Apabila kilang darah berhenti beroperasi, maka sel darah berkurang dengan drastik terutama sel darah putih.

Sel darah putih sangat penting untuk melawan jangkitan bakteria. Jadi, apabila sel ini kurang, maka bila-bila masa sahaja bakteria mampu merosakkan organ-organ penting, lalu menyebabkan kematian.

Panleukopeniavirus ini merupakan salah satu komponen Vaksinasi Asas Kucing juga.

#5 Supaya Kucing Tak Mudah Mendapat Kanser

Dalam kucing ada satu virus yang boleh menyebabkan kanser. Virus ini sangat mudah merebak di kalangan kucing dengan cara, menjilat antara satu sama lain atau berkongsi minuman.

Apabila dijangkiti virus Leukemia ini, kucing akan mudah sakit. Yang paling biasa berlaku ialah sakit gusi dan tonsil bengkak, serta anemia atau kekurangan darah.

Selain itu, kucing positif Leukemiavirus ini akan mudah dijangkiti penyakit lain seperti selsema, dan apabila ada luka, luka mereka lambatt sembuh walaupun dengan rawatan.

Oleh kerana Leukemiavirus ini sangat common, walaupun Vaksinasi ini dalam kategori Vaksin Tambahan, ia sebenarnya sama penting dengan Vaksinasi Asas kucing.

Vaksin lain yang merupakan Vaksin Tambahan Kucing adalah Vaksin Rabies (penyakit anjing gila).

#6 Supaya Lebih Jimat Perbelanjaan Kucing

Ada 5 penyakit berjangkit berbahaya kepada kucing seperti diterangkan di atas. Setiap penyakit, kos minima yang perlu dibelanjakan untuk rawatan adalah RM1xx.

Banyangkan jika 5 penyakit? Minima kos yang kita perlu dikeluarkan adalah RM5xx. Sedangkan kos vaksinasi adalah kurang dari RM1xx. Jadi, kita boleh nampak bahawasanya dengan memvaksin kucing, kita bakal jimat 5 kali ganda perbelanjaan penjagaan kucing.

Makanya, jika kucing kita sihat dan cukup umur, bawalah mereka cepat-cepat ke Klinik Vet untuk vaksinasi.

=======================

Jemput ke channel telegram kami untuk lebih tips yang santai mengenai penjagaan kucing.
Klik link di bawah.

Bilik Channel Telegram Tips Kucing

Wassalam wbt.


Friday, March 28, 2014

Masalah kucing suka duduk atas laptop




Soalan sebegini belum pernah lagi diajukan di >>http://on.fb.me/1o6SbqK<<.

Walaupunbegitu, ia kerap berlaku kan? Ia pun berlaku kepada kami juga. Heheh.

Dan, anak kucinglah yang paling suka berbuat demikian.

=======
Warm warm laptop nice *mind your english*
=======

Sudah lumrah anak kucing, mereka sukakan tempat yang suam supaya berasa lebih selesa. Kenapa?

Mereka masih kecil dan badan belum dapat menghasilkan haba untuk memanaskan diri.

Mereka banyak bergantung kepada ibu mereka untuk mendapat haba, lebih-lebih lagi ketika umur kurang 2 bulan. (Perasan tak mereka suka tidur berhimpit-himpit dengan ibu mereka?)

Maka, haba dari laptop kita dirasakan menarik dan selesa untuk berasa suam.

=======
Penyelesaian supaya mereka tak buat perangai lagi
=======

Kita boleh sediakan bakul yang dilapik kain-kain perca empuk untuk mereka.

Letakkan di sebelah laptop atau sebelah kita. (Kadang-kadang mereka mahukan perhatian kita juga *wink wink*).

Jika tak cukup panas, boleh letakkan warm water bag di bawah kain lapik tersebut.

Apa tunggu lagi? Cubalah sekarang!

--------------------
Ada kemusykilan mengenai kucing?

Ajukan saja di >>http://on.fb.me/1o6SbqK<<

Juga dialu-alukan untuk kongsi pengalaman di ruang komen di bawah ya. 


=)

Masalah bulu kucing mudah gugur



Saudari Diana dari Putrajaya bertanya;

"Tips bagaimana ingin menjaga bulu kucing yang senang gugur dan produk yang boleh digunakan."

Cikpuan ini mempunyai seekor anak kucing domestik berusia 4 bulan yang bulunya senang gugur.

=======
Punca & Penyelesaian
=======

Berikut adalah punca bulu gugur & penyelesaiannya;

+ makanan tak cukup kandungan minyak omega -> makanan yang baik seperti RC GROWTH (http://on.fb.me/1h0tKS9) dirumus khas untuk mencukupi keperluan tumbesaran anak kucing, juga keperluan kesihatan kulit dan bulunya.

Manakala VETRI HBR (http://on.fb.me/1fo4afE) , mampu membantu dalam menampung keperluan minyak omega yang diperlukan kucing setiap hari.

+ stres akibat persekitaran yang dirasakan mengancam keselamatan -> stres mengakibatkan struktur kulit lemah dan akhirnya bulu banyak gugur. FELIWAY (http://on.fb.me/1d6h1eF) dapat membantu mengurangkan kesan stres pada kucing.

+ kehadiran kutu atau hama -> dua parasit ini mengakibatkan bulu gugur dan kegatalan pada kucing. FRONTLINE (http://on.fb.me/1l7v0bi) boleh membantu untuk menghapuskan hama dan kutu dengan mudah dan selamat.

+ bulu tak cukup lembapan, lalu mudah patah & gugur -> adakalanya, akibat penggunaan syampu yang kurang sesuai, bulu kucing akan gugur & patah akibat terlalu kering. SYAMPU COATEX (http://on.fb.me/1gw0hBI) yang mempunyai pelembap, boleh mengurangkan masalah ini.

Ia juga membantu dalam jangkitan fungus pada kulit kucing serta jangkitan kuman pada kulit yang minor.

+ bertukar bulu -> pada umur anak kucing 3-4 bulan, mereka akan melalui proses tukar bulu. Maka bulu lama yang halus, sejak lahir di badan mereka itu akan diganti dengan yang baru dan lebih kasar serta berkilat.

Penting untuk menyikat bulunya pada waktu ini supaya bulu tidak bergumpal teruk.

-------

Ada permasalahan kucing? Ajukan di >>http://tinyurl.com/l3et3z4<<

In shaa Allah, kami akan menjawabnya.

Masalah kucing luar bawa penyakit





Ingat lagi kami pernah minta saudara dan saudari luahkan permasalahan kucing di link ini?
>> http://tinyurl.com/l3et3z4 <<

Ini masanya kami menjawab persoalan demi persoalan yang diajukan.

Soalan daripada Dina, Serdang;

"housemate sy sgt baik hati suka beri kucing luar mkn..lama2 kucing2 tu mkn mknn kucing sy dan tdo dalam rumah..mereka jantan dan suka spray dalam rumah. sy hanya risau kesihatan kucing2 sy"

Penyelesaian yang saudari ini mahukan, begitu unik;

"Sy nk pindah rumah"

=======
Penyakit kucing berbahaya yang mudah berjangkit
=======

Buat baik berpada-pada - peribahasa yang sering kita dengar.

Nah, inilah relevannya peribahasa tersebut dalam kes ini.

Adalah perlakuan yang harus dipuji apabila murah hati memberi kucing liar makan. Lebih baik, jika disusuli dengan tindakan bertanggungjawab, iaitu membawa kucing-kucing ini untuk dimandulkan dan kemudian dicarikan keluarga angkat.

Antara penyakit berbahaya dalam kucing yang mudah berjangkit ialah;

+ Sporothricosis - Jangkitan fungus yang boleh membawa maut kepada kucing dan manusia

+ Virus FIP - Virus yang mudah menjangkiti kucing dengan perkongsian makanan, minuman dan malah udara yang disedut. Menyebabkan kebusungan, kegagalan organ penting serta demam kuning.

+ Virus Lekumia - Virus yang mudah berjangkit melalui air liur dari kucing ke kucing. Mengakibatkan kucing mempunyai imuniti lemah serta berisiko tinggi mendapat kanser mulut dan usus.

+ Virus AIDS kucing - Virus yang berjangkit semasa kucing bergaduh, melalui cakaran dan gigitan. Menjadikan imun kucing lemah dan kekurangan darah merah.

=======
Fikir sebelum beri
=======

Oleh itu, adalah disarankan kepada pencinta kucing sekalian supaya, menimbangkan beberapa faktor sebelum memberi kucing liar makan.

Hubungan sesama manusia juga kita jaga dengan baik, selain berbakti dengan makhluk Allah SWT yang comel itu.

Ada sebarang permasalahan kucing?

Sudilah bertanya di >> http://tinyurl.com/l3et3z4 <<

Friday, March 21, 2014

Aduh. Kucingku Asyik-asyik Sakit Mata




Mata kucing kita yang berair, merah dan bengkak membuatkan kita rasa runsing, kasihan dan sedih melihatnya.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka?

Sudah tentunya kita tak mahu jangkitan mata yang diakibatkan oleh kuman ini menjadikan mereka buta, jika kita membiarkannya sahaja.

=======
3 Ikhtiar
=======

Ini apa yang boleh dilakukan;

+ bersihkan mata kucing dengan gumpalan kapas bersih dan cecair yang sesuai

+ berikan mereka suplemen untuk meningkatkan imuniti badan

+ bawa mereka ke klinik Veterinar untuk mendapat rawatan segera

=======
Tips Jimat sehingga 500%
=======

Kami kongsikan "tips & tricks" penjagaan kesihatan kucing secara terus ke email pencinta kucing.

Untuk dapatkannya, klik --> http://tinyurl.com/m7efu9b


Thursday, March 13, 2014

Cliche: Tak mampu, jangan bela.


Tajuk cliche di atas selalu didengar apabila berkaitan haiwan peliharaan.
Ada juga berkaitan anak.

Bila tak mampu, apa akan jadi?
Haiwan dibuang, paling sopan pun dihantar ke shelter.

Tapi, kalau bab anak, takkan bila rasa tak mampu, kita buang?
Kita tetap usaha sedaya upaya besarkan anak.
Lagipun, kan anak itu rezeki dan amanah Allah kurniakan?

Apa kata kita anggap kucing pun begitu sebelum buang apabila rasa dah tak mampu.
Sebenarnya, ada rezeki kucing kita bela dalam rezeki kita.
Kita perantara untuk uruskan rezeki itu sebaiknya.

Oleh itu, apabila kita tak menguruskan rezeki kucing dalam rezeki kita tu sebaiknya, rezeki itu bocor di sana sini.
Lalu, menjadikan kita tak mampu membela mereka.

Sudahkah kita tunaikan hak-hak kucing kita bersama rezeki tersebut?
Hak mendapatkan makanan terbaik dan seimbang?
Hak mendapatkan penjagaan kesihatan?
Hak mendapatkan perhatian dan belaian?




Sudahkah kita sebagai pemegang amanah mereka, tunaikan hak-hak mereka?


Apabila difikirkan kembali, bukan kita tak mampu.
Mungkin kita tak tahu atau tak mahu ambil tahu.

Setiap sen yang Allah SWT berikan bukanlah hak mutlak kita.
Apabila kita lalai tunaikan hak selain kita, itu yang kita rasa asyik tak cukup.

Wallahua'alam.
Terpanggil untuk menulis nukilan ini bagi mengingati diri ini yang selalu lupa.





Kucing mampu mengurangkan kesedihan dan menemani pemiliknya di saat sukar. Adakah kita sebagai pemilik pula, mampu membela nasib mereka?
Sumber cerita penuh: janiceheck.wordpress.com 
Kredit gambar: David McElroy

Sebelum semuanya terlambat,  sebelum kita ditempatkan di tempat sama di mana seorang wanita yang kuat beribadah tetapi dimasukkan ke neraka akibat menyeksa seekor kucing, sepertimana di dalam hadis Rasulullah SAW, mohon kalian untuk mula ambil tahu. -->


Semoga nukilan ini menjadi iktibar dan pengajaran.
Semoga ia benar-benar bermanfaat.