Wednesday, November 24, 2010

Kucing dulu, kucing sekarang. Lain dahulu, lain sekarang.

Dengan izin Allah, kami mulakan nukilan ini.

Kita berpantun ya:

Kucing dulu,
Kucing sekarang,
Lain dahulu, 
Lain sekarang.



Ini bukan setakat pantun tetapi sesuatu yang kami rasa perlu diperbincangkan sebab banyak kali saya dipersoalkan seperti:

  • Orang dulu bela kucing tak perlu bawa jumpa doktor, elok saja.
  • Kucing kampung dulu-dulu tak pula selalu sakit macam kucing sekarang ya.
  • Macam-macam pula penyakit kucing ni, masa saya kecil-kecil dulu tiada pula seperti sekarang.
  • Kucing dulu-dulu hanya makan nasi dengan ikan sahaja, tiada masalah pun. Kucing sekarang yang makan makanan kucing beli ini, macam-macam masalah pula.

 Agak-agak biasa dengar tidak kenyataan-kenyataan di atas?

 Model kucing zaman dahulu dan...




Model kucing zaman sekarang (cats rocks!!)...jauh berbeza kan?

Berikut adalah relevannya situasi "kucing dulu, kucing sekarang" pada pendapat kami.
  • Daya ketahanan badan kucing sekarang lebih rendah 
 Ini disebabkan beberapa faktor seperti kucing sekarang sudah banyak baka campuran. Baka asing seperti Persian, Maine Coon, Bengal dan sebagainya punyai daya ketahanan badan yang kurang kuat bila berada di negara kita berbanding di tempat asal mereka. 

Sebabnya, lebih kurang seperti kita punya ketahanan badan bila berada di negara orang berbanding rakyat negara itu sendiri. Contoh yang kita dapat lihat, bila ingin menunaikan Umrah atau Haji, kita diminta untuk mengambil beberapa imunisasi sebelum bertolak ke sana.

Daya ketahanan badan pada sesuatu penyakit boleh didapati dari keturunan dan persekitaran. Jadi, bila daya ketahanan itu tiada pada ayah/ibu, maka senanglah si anak juga terkena jangkitan. 

  • Banyak berlakunya kejadian 'sumbang mahram' 

Sumbang mahram atau inbreeding dikalangan kucing-kucing ini menyebabkan ketidakseimbangan genetic pool. Bila keadaan sebegini berlaku, bukan hanya daya tahan badan tidak kuat, tapi mengundang berbagai masalah lain seperti bantut. 

Oleh itu, berhati-hatilah apabila membeli kucing kerana ada di antara breeder yang 'menggalakkan' sumbang mahram ni di breeding farm mereka.


  •  Kesedaran tentang kesihatan haiwan kesayangan meningkat

Sekarang ramai di antara kita adalah golongan terpelajar berbanding zaman dahulu. Ditambah pula dengan pelbagai kemudahan untuk medapatkan maklumat, membuatkan ramai yang peka terhadap kesihatan haiwan kesayangan mereka. 

Teknologi perubatan veterinar juga bertambah baik dari tahun ke tahun, banyak penemuan baru tentang penyakit dan penawarnya. Sama juga keadaanya dengan penyakit manusia contohnya AIDS. 

Dikatakan AIDS wujud sejak beratus tahun dahulu lagi, tetapi baru benar2-benar diketahui/disedari kewujudannya sejak beberapa puluh tahun kebelakangan ini. 

Bagi kami, adalah satu berita baik di mana sekarang ini ramai antara kita amat peka dengan kesihatan haiwan dan ini menunjukkan tahap ketamadunan yang tinggi.



    Kucing sekarang lebih selamat jika diletakkan dalam sangkar kerana dulu basikal sahaja yang drifting di jalanan, berbanding sekarang banyak kereta drifting dan motosikal 'rempiting'.


  • Penyakit berubah corak 

Seperti apa yg saya pernah beritahu di entri sebelum ini (The sequel of Si Kencing Manis), mikrorganisma seperti virus dan bakteria bermutasi dari semasa ke semasa supaya mereka boleh terus boleh bertahan di muka bumi ini. 

Sebab itu, penyakit selsema bermacam-macam nama, contoh Avian Flu, Swine Flu dan sebagainya. Bila satu hilang, yang lain pula muncul. Ini adalah satu 'peperangan' antara kami (para veterinawan sekalian) dan mikroorganisma di mana mereka sentiasa berubah dan veterinarawan sentiasa terus mengkaji cara memerangi mereka.


Ringkasan bagaimana bakteria bermutasi dan resistant pad antibiotik.
Penerangan di atas adalah hanya atas pandangan kami. Tidak ada kajian formal yang dibuat untuk mendapat kesimpulan-kesimpulan yang telah kami coretkan . Apa yang saya utarakan adalah buah fikiran kami sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang kami pelajari selama ini.


Diharapkan dengan penerangan ini, segala persoalan berkaitan terungkai.

Sekian.

Kami akhiri coretan dengan lafaz Alhamdulillah.

Friday, November 19, 2010

Yellow Kitty


Mesti anda ingat ni watak kartun adik beradik kepada Hello Kitty (Kucing yang saya paling minati di zaman sekolah menengah dulu). Ataupun, kucing berwarna kuning yang Mat Salleh gelar ginger.

 Doralin, adek Doraemon. I wonder how to evaluate jaundice in her?

Salam bahagia semua.
Sebenarnya ini bukan tentang warna kucing, tetapi tentang satu penyakit yang melibatkan satu komponen di dalam badan yang dinamakan bilirubin. Apabila kandungan bilirubin terlalu tinggi di dalam badan, kulit, mata dan gusi akan berwarna kuning. Keadaan ini pula dipanggil jaundis.
Apakah itu bilirubin dan jaundis?


Sel darah yang merah yang pecah.


Bilirubin -> bahan yang terhasil apabila sel darah merah pecah di mana ia berwarna kuning dan memberi warna kepada air kencing. Dikumuhkan melalui hempedu dan urin.
Jaundis -> Keadaan di mana jumlah bilirubin terlalu tinggi di dalam badan menyebabkan kulit, mata serta gusi berwarna kekuningan.


Jaundis biasa berlaku pada bayi baru lahir, seperti apa yang kita selalu dengar bayi 'demam kuning'. Sebenarnya, haiwan pun boleh terkena demam kuning juga..


Tak percaya? tengok ni....

Dua gambar ini menunjukkan seekor kucing yang jaundis (demam kuning) di mana kita dapat lihat kulit pada cuping telinga dan matanya berwarna kekuningan.

Bagaimana boleh terjadinya jaundis?
Sebab/ punca terjadinya jaundis terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
  1. Jaundis sebelum hati (prehepatic jaundice) - jaundis jenis ini tidak melibatkan hati. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah dengan banyaknya dengan kadar yang tinggi berbanding kadar normal seperti dalam penyakit parasit darah.
  2. Jaundis berkaitan hati (hepatic jaundice) - jaundis jenis ini disebabkan ketidaknormalan hati seperti hati yang sedang mengalami inflamasi, tisu2 hati yang rosak. Ini kerana sel2 hati diperlukan untuk metabolisma bilirubin sebelum dapat dikumuhkan contohnya hepatitis. Apa yang berlaku kepada bayi yang mengalami demam kuning adalah dari jenis ini kerana hati mereka tidak cukup matang untuk memproses bilirubin.
  3. Jaundis selepas hati (posthepatic jaundis) - batu karang di dalam salur hempedu adalah contoh jaundis dari jenis ini. Walaupun bilirubin dapat dimetabolismakan seperti biasa tetapi ia tidak dapat dikumuhkan melalui najis dan menyebabkannya terkumpul dan berbalik semula ke dalam salur darah.
 Lukisan menunjukkan rupa bahagian hati yang sihat dan rosak. hati yang rosak boleh menyebabkan jaundis.

Bahayakah jaundis?
Ya. Ada beberapa komplikasi berkaitan jaundis seperti kerosakan sel2 hati, pankreas dan yang paling teruk ialah kerosakan otak yang boleh menyebabkan kematian.

Akhir kata, jika haiwan anda menunjukkan tanda2 seperti monyok, tak nak makan dan kurang aktif, belek2 lah telinga, mata dan gusinya. Mana tahu haiwan anda sedang mengalami demam kuning.

Thursday, November 11, 2010

The sequel of Si Kencing Manis

Salam ceria semua. Maaf sebab lambat menerbitkan sambungan si kencing manis ni. Khabar terbaru Si kencing manis yg diberitahu 2 hari lepas amat memberansangkan (syukur). Luka bertambah baik dan kecut. Mudah2an Si kencing manis terus sihat dan tak perlu berpisah dengan 'mama'nya lagi.
Kita flashback sekejap dan tengok balik sejarah si kencing manis ni(Ades! kena belajar sejarahla pulak, macam nak ambik SPM jew..)...

Ceritanya bermula bila si kencing manis ni kena selsema. So, 'mama'nya risau kat dia, so pegila ke satu Pet Shop untuk beli ubat untuk dia. Orang Pet Shop aka the VET 'Doktor hewan' tu pulak boleh bagi ubat selsema pil kaler hijau (yang sebenarnya antibiotik di tangga agak atas dalam hierarki antibiotik). *Perhatian perlu diberi yang dos kucing mungkin diberi terkurang/terlebih dos*. Si kencing manis pun baik dari selsema. Tetapi....(back to the future)

Inilah dia test yang menunjukkan mana satu antibiotik yang masih boleh membunuh bakteria (si culprit) tu. Agar ini dikultur dengan bakteria yang didapati dari sampel (nanah contohnya). Plat putih adalah antibiotik. Perhatikan bulatan disekeliling plat itu, bulatan kosong menunjukkan antibiotik masih boleh membunuh bakteria dan sebaliknya.

Bila si kencing manis ni luka, antibiotik yang di hierarki lebih rendah dah tak jalan. Sebab dia dah penah dapat antibiotik yg lebih 'power'. Bahayakan? Bayangkan kalau Pet Shop tu bagi antibiotik yang di tangga teratas dalam carta? Tak ke naya nyawa si kencing manis ni? Bakteria pun ada strategi mereka sendiri untuk 'survive' dalam dunia ni. Mereka boleh bermutasi untuk mengadaptasi supaya boleh terus hidup dan membiak di muka bumi ni (Subhanallah kepada Penciptanya). Dan yang lagi bahaya, mereka juga berupaya meng'kebal'kan diri kepada semua antibiotik dalam keluarga yang sama (maaf kepada yg kurang faham. UPS/FYI, antibiotik dikategorikan ke dalam beberapa 'grouping' atau keluarga).

Berbalik kepada soalan ke2, macam manala plak kucing boleh kena kencing manis (macam manusia jugak)?
Seperti kita jugak, antara punca kucing boleh kena kencing manis:
  • kegemukan/ obesiti
  • genetik/ keturunan
  • pernah menghidapi jangkitan pankreas
  • ketidakseimbangan hormon
  • kesan ubat2an tertentu
 
Kucing ini dikatakan kucing paling gemuk di dunia yang seberat 17kg. Dipelihara oleh seorang warga China dan dikatakan hanya memakan daging dan gemarkan jantung ayam. AMARAN! Jangan lakukan ini di rumah jika anda benar2 sayangkan kucing anda.
Hmmm... pada mulanya saya tak terfikir yang kucing ni menghidap kencing manis. Tetapi setelah menghadiri satu seminar oleh Prof. Huang dari Taiwan yang sangat2 berpengalaman dalam bidang kesihatan haiwan kesayangan ni, saya mula syak ada yang tak kena dengan kucing yang satu ini. Syukur saya ditakdirkan menyertai Seminar ni, boleh refresh balik apa yang saya pernah pelajari. Dan yang paling penting, dapat bertanya sendiri dengan Prof. tu apa yang saya musykil selama ni. Prof. banyak berkongsi kes2 yg dia pernah handle. Credits to her and those who organized the Seminar. Im looking forward to attend any seminars in the future to sharpen my knowledge.
  
Sampai sini sahaja kisah si kencing manis. Di harap kita dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih dari kisah ini. Terimalah...

Saturday, November 6, 2010

Si Kencing Manis.

 
Sekitar sebulan yang lalu, seekor kucing betina berwarna putih , comel dan manja datang dengan benjolan di bahagian belakang badannya berhampiran dengan tulang pinggul.Tiada kesan2 gigitan atau cakaran.
Apa yang saya fikir ketika itu; bisul? ketumbuhan? alergi?
Kulitnya merah2, muka dan mata agak bengkak, di bahagian bahu pulak ada beberapa tempat yang botak sebesar duit syiling 5 sen.
Uiks~! Ini macam alergik ja...So, bagi rawatan alergik.
 
Seminggu kemudian, benjolan pecah dan mengeluarkan nanah kuning pekat bercampur baur dengan sedikit darah menjadi luka yang terdedah. Bengkak2 semua dah takde, alamak! Apakah? Jangkitan kumanlah pulak. 
Luka pun dicuci dan tukar ubat (yang lebih 'power') untuk seminggu.

5 hari kemudian, ubat nak habis untuk 2 hari saje lagi, luka bernanah kembali. Kali ni nanah berwarna kehijauan. Aiyo! Apa sudah jadi dengan ini kucing? Takkan dah resistant kat ubat yg 'power' tu?
Tak boleh jadi ni...so kena hantar nanah ke makmal bakteria, tengok bakteria jenis apa yang ada dan 'dema' (slang Perakla pulak yer..) tak makan saman dek ubat apa. Adoi~..(proses investigasi dah macam CSI+Grey's Anatomy).

Apa lagi kucing tersebut pun ditahan di ward (dah macam manusia pulak masuk hospital. Abis, nak buat macam mana, doktor kena monitor dengan lebih dekat,'controlled environment'). Jadi, kenala kucing berjauhan dengan 'mama'nya selama beberapa hari.

Renung punya tenung, mata kucing ni macam pelik. Bab anak matanya yang tak mengecut walau kena cahaya terang. Aik? Ini macam ada yang tak kena dengan sistem lain badannya selain kulit.
Ting!! Saya suspek sesuatu. Patutla kucing ni banyak makan, minum dan kencing beberapa hari ni... Perut pulak membulat macam bunting (padahal dah mandul).
Kena lakukan sesuatu untuk sahkan apa yang saya suspek. Jadi, prosedur 'bleeding' (ambil darah) pun dijalankan. Sampel dihantar ke makmal untuk analisa.
 
Kucing yang terlalu dahaga sampai sanggup berdiri 2 kaki untuk minum. Kucing banyak minum.

Result makmal keluar!! (masa yang dinanti2):
  • Terdapat 2 jenis bakteria pada nanah
  • Dua2 jenis bakteria sudah tak makan saman dengan ubat paling 'power' 
  • Tapi, yang peliknya ada satu ubat yang kurang sikit 'power' masih boleh hapuskan mereka (lega rasanya...)
  • HIGH BLOOD SUGAR ( @kencing manis. Padanla luka lambat baik...)
 Ini rupanya darah yang tinggi kandungan gula...

SOALAN:
  1. Bagaimanakah kucing ini boleh 'resistant' kepada ubat paling kuat?
  2. Kucing mengalami kencing manis? Bagaimana boleh berlaku?
Siapa nak jawab ni?
To be continued.......