Friday, August 27, 2010

'Pada kita, mereka sekadar haiwan kesayangan, tetapi pada mereka, kita adalah segalanya'


Assalamualaikum semua yang saya kasihi.

Sejak akhir2 ini saya rasa sangat kesal kerana terdapat beberapa individu yang menganggap klinik veterinar (tidak ketinggalan pasar2 dan kedai2 makan) sebagai tempat 'membuang' kucing2 (atau apa jua haiwan kesayangan). Walaupun sebenarnya perkara ini telah lama berlaku, tetapi baru akhir2 ini ia menjadi2 sedangkan kita sudah masuk di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini dengan berprinsipkan mencegah lebih baik dari mengubati.
Ada beberapa soalan yang harus kita jawab sebelum kita memilih untuk bertanggungjawab membawa masuk haiwan kesayangan ke dalam rumah kita dan menjadi sebahagian dari keluarga kita.

Kenapa hendak memiliki haiwan kesayangan?
Peranan apakah yang kita mahu haiwan tersebut mainkan setelah kita meilikinya? Teman bermain? Teman seumur hidup? Haiwan kesayangan berperanan menemani, menghiburkan serta sebagai tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang. Kajian menunjukkan bahawa pelbagai kesan positif yang boleh diperolehi dengan memiliki haiwan kesayangan seperti memupuk rasa tanggungjawab terutama pada kanak2. Kita perlu ingat apabila membuat keputusan untuk memiliki haiwan kesayangan, kita akan mencipta perhubungan jangka panjang bukannya singkat.
'Pada kita, mereka sekadar haiwan kesayangan, tetapi pada mereka, kita adalah segalanya'. INGAT INI.

Pilih haiwan kesayangan anda dengan bijak.
Baik beli ataupun angkat, kita harus ambil masa untuk memilih haiwan yang kita akan ambil dengan bijak termasuk mengambil faktor2 seperti spesis, baka, umur, status reproduktif dsb. Bagi pihak kita pula, faktor seperti persekitaran, masa, bajet  adalah penentu utama samada kita akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik di masa hadapan. Kebanyakan haiwan yang 'dibuang' di SPCA atau PAWS sekarang adalah mangsa kepada pemilik2 yang membuat keputusan sewenang2nya sebelum mengambil mereka.
Contohnya, jika tidak ada masa dan bajet, tak perlulah kita memilih untuk membeli kucing Parsi kerana menjaga purebred adalah diibaratkan seperti menjaga kereta sports. Sudahlah beli pun mahal, maintenance juga tinggi. 

Perhatikan persekitaran anda, adakah sesuai dengan haiwan yang akan anda pilih?
Persekitaran amat penting seperti jenis rumah yang diduduki, ramainya anggota keluarga, tahap kesihatan anggota keluarga dsb. Fikir dalam2 sebelum mengambil keputusan kerana anda akan menerima komitmen baru apabila haiwan itu melangkahkan kaki ke rumah anda (walaupun tiada kaki). Seperti hubungan2 lain, tanpa komitmen, hubungan akan GAGAL. Yang menjadi mangsa tentunya haiwan itu. 

 Pilu tak hati anda melihat kucing ini? Neglected cat.

Adakah anda mempunyai cukup masa?
Haiwan kesayangan juga memerlukan perhatian. Lebih2 lagi anak2 kucing contohnya. Seperti kanak2, perhubungan yang baik semasa membesar akan menentukan personalitinya di kemudian hari. Training adalah SANGAT penting semasa mereka berumur 6 bulan yang pertama. Inilah masa yang sangat mencabar dalam membesarkan mereka. Tetapi, ini semua terpulang kepada anda. Tanpa usaha yang diberi untuk train mereka, kita mungkin tak akan dapat result yang kita harapkan.

Cukupkah bajet kita untuk membela mereka?
Bertambah ahli dalam keluarga bermakna bertambahlah tanggungan. Ini amat penting untuk dinilai sebelum mengambil haiwan kesayangan. Mereka adalah benda hidup yang perlukan makanan yang baik, tempat tidur/berteduh, riadah serta persekitaran yang selamat. Apabila sakit, mereka juga perlukan rawatan dan langkah pencegahan penyakit. 
Saya seakan tidak percaya bahawa ada manusia yang membela haiwan KESAYANGAN tetapi dibiarkan mencari makanan sendiri, dibiarkan tidur di bawah kereta (risiko dilanggar adalah tinggi), serta bila sakit dibiarkan baik sendiri (astaghfirullah, nauzubillah), tapi ini terjadi. 

Di mana nak dapatkan haiwan kesayangan ni?
Beli atau angkat? Sekali lagi soalan ini terpacul setelah pelbagai faktor yang dinilai. Yang penting haiwan itu harus sihat, telah divaksin dan diberi ubat cacing kalau hendak dibeli. Lebih mulia sekiranya diangkat dari dibeli kerana masih banyak lagi haiwan terbiar dan haiwan yang perlukan rumah seperti di SPCA dan PAWS. Sokonglah pet adoption.

 
Starve to death. Neglected case.

Renung2kanlah. Diwaktu suka kita belanya, waktu tak suka kita serahkan mereka setelah kegembiraan dan hiburan yang mereka pernah beri pada kita. Jika soalan2 yang ada di atas tak dapat dijawab dengan baik, maknanya kita belum bersedia mempunyai haiwan kesayangan dan jangan membuat keputusan terburu2 untuk mengambil mereka. Sekian.

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Seorang SAYA


Saya seorang Doktor Veterinar yang bekerja sendiri sambil menjaga seorang anak yang menghidapi G6PD. Sukar untuk saya menghantarnya ke taska untuk dijaga kerana kekurangan yang ada padanya itu. Lebih baik dia dijaga oleh saya sendiri. Tetapi, ini membuatkan saya terpaksa merawat kucing2 yang datang sambil mendengar dia menangis kerana hendak didukung oleh saya. Kadang-kala pemilik kucing2 yang saya rawat terpaksa baby-sit Hamzah sementara saya menyempurnakan tugas saya. Terima kasih banyak2 kepada yang terlibat. Anda sangat sporting dan memahami. Maaf sekiranya saya sudah menyusahkan anda semua dan agak lambat melaksanakan tugas.

 Hamzah, si manja yang saya jaga sendiri sambil bekerja.

Saya juga tidak ada pembantu. Buat masa ini, saya belum mampu mencari seorang pembantu yang benar2 saya boleh percayai untuk melaksanakan tugas2 di sini. Cerewetnya saya. Tak kisahlah sekarang saya sendiri yang harus lakukan semua asalkan saya puas hati. Jika kucing dibawa kepada saya dan saya tidak dapat restrainnya seorang diri, terpaksalah pemiliknya membantu saya. Syabas kepada pemilik kucing yang sangat sporting dan memberi kerjasama yang mantap pada saya. Dalam tak sedar, mereka akan belajar cara merestrain kucing mereka dengan betul. Saya bangga ada client2 macam mereka.

Saya budak masih belajar. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan akan ada benda baru yang saya akan tempuh dan harung setiap hari termasuk kes2 yang dibawa kepada saya. Ingin saya menuntut lagi supaya saya boleh memberi yang lebih baik dari sekarang kepada kucing2 dan pemilik2 mereka. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pemilik2 yang selama ini mempercayai saya untuk merawat kucing2 atau haiwan kesayangan mereka. Tanpa kepercayaan yang diberi, tidak mungkin saya sampai ke tahap ini. Sejuk hati saya mendengar ucapan penghargaan daripada pemilik haiwan kesayangan yang datang kepada saya. Serta maafkan saya jika anda rasa saya gagal memberikan yang terbaik tetapi percayalah saya telah cuba sedaya upaya. Saya harap saya masih diberikan peluang untuk merawat si comel anda yang lain.

Saya masih dalam proses memperbaiki mutu servis. Maaf dipinta kepada sesiapa yang datang ke sini dan mendapati kami kekurangan barangan haiwan kesayangan seperti makanan dan aksesori. Saya memerlukan masa untuk menjadikan diri sangat efektif dan cuba menyediakan yang terbaik. InsyaAllah di masa akan datang, saya lebih efektif dan Pet Shop kami akan complete. Tetapi, saya lebih mengutamakan klinik buat masa sekarang dan saya harap anda faham kenapa barangan Pet Shop kami adalah terhad.

Saya ada seorang suami juga seorang Doktor Veterinar yang sangat memberi sokongan. Dr. Johaimi akan membantu saya di sini pada waktu malam dan hujung minggu. Dengan adanya dia, lebih senang untuk merawat kes2 yang datang. Kami dapat bekerjasama dan berbincang dalam memberi rawatan. Saya sangat bangga menjadi isterinya. 

Saya adalah ibu kepada 2 orang anak lelaki. Anak sulung saya, Farouq  akan tidak kelihatan di sini pada hari persekolahan. Hanya pada malam hari dan hujung minggu dia akan 'membantu' saya di sini. Farouq sangat 'rajin mengemas'. Kadang-kala kenakalannya mengganggu tugas saya di sini serta menganggu client2 serta kucing yang datang. Nasib baiklah premis ini dah dipasangkan door access serta netting di kesemua tingkap, jadi kucing2 tidak boleh lari keluar dan hilang. Kalau tidak, sudah tentu pening kepala ibunya mencari kucing2 terlepas. Mohon maaf kepada sesiapa yang terpaksa melayan kerenah nakalnya ketika berada di sini dan terima kasih diucapkan atas layanan anda kepada dia. Dia memang sangat peramah.

Farouq yang bijak, nakal dan peramah.

Sekian kisah seorang SAYA. Selamat berpuasa dan menyambut Nuzul Quran.

Sunday, August 15, 2010

Kencing Berdarah -----> Tak Boleh Kencing -----> (x_x)




Kesian kucing ni kan? Penat meneran, tapi tak keluar-keluar air kencingnya.
Familiar tak situasi ini pada anda?

Salam ceria semua dan selamat Berpuasa. Masalah kencing tidak lawas adalah masalah biasa pada kebanyakan kucing lebih-lebih lagi kucing jantan.

Apakah sebab-sebabnya?

  1. Jangkitan pundi kencing
  2. Batu karang
  3. Salur kencing tersumbat
  4. Kanser
  5. Trauma pada saluran kencing
  6. Idiopathic (tidak diketahui)

Pada pengalaman kami,  kes yang paling banyak terjadi adalah batu karang yang kemudian menyebabkan saluran kencing tersumbat.


Cuba anda lihat gambar dibawah.

    Beginilah rupa pundi kencing yang membesar dan tegang (tentunya sangat sakit!!) apabila berlakunya saluran kencing tersumbat. Bayangkan jika air kencing tidak dapat dikumuhkan sedangkan pundi kencing semakin penuh? 

    Toksin yang sepatutnya dikeluarkan dari dalam badan kini terkumpul selama beberapa hari? Kesannya adalah tidak baik sama sekali.


    Kami mahu kongsikan 2 kes yang sebagai contoh, di mana kucing-kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana telah lambat dibawa untuk rawatan.

    KES 1

    Kucing jantan berumur 5 bulan yang pernah dilanggar di bahagian pinggul dan makanan harian adalah commercial dry food (jenama adalah dirahsiakan). 

    Kucing ini dibawa ke klinik veterinar setelah sebulan dilanggar di mana pemilik mengadu baru sehari kucing tidak mahu makan, muntah-muntah dan asyik terbaring. 

    Perutnya 'keras' dan tegang. Kucing kencing tidak lawas sejak dilanggar.


    Apabila diperiksa, ternyata kucing sedang demam dan pundinya sangat besar dan tegang sebesar bola tenis. 

    Setelah diberi rawatan sewajarnya, kucing itu masih terbaring dan tidak kencing juga. Akhirnya tiub terpaksa dimasukkan ke dalam salur kencing untuk membantunya mengeluarkan air kencing.  

    Tiub tidak dapat dimasukkan sehingga ke pundi kencing kerana saluran tersumbat di separuh jalan.

    Air kencing akhirnya dikeluarkan dari luar untuk mengurangkan ketegangan dan kesakitan pundi kencing, Malangnya, kucing tidak berjaya diselamatkan kerana ketidakseimbangan ion dan pengumpulan toksik di dalam badan (dibuktikan apabila kucing muntah-muntah).


    Ion potassium yang tinggi di dalam darah boleh melemahkan otot, terutama otot jantung. Toksin yang terkumpul iaitu urea, boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu badan.


    Post mortem dijalankan dan didapati buah pinggang telah rosak, bahagian dalam pundi kencing mempunyai blood clot serta saluran kencing juga ada blood clot (exactly di tempat di mana tiub tersekat). 

    Di saluran kencingnya terdapat 'pepasir' halus iaitu crystals (batu karang yang bersaiz sangat kecil).

    Kesimpulannya, kucing ini mengalami masalah kencing berpunca dari batu karang. Trauma dilanggar adalah kurang berkemungkinan kerana kecederaan itu sepatutnya sudah pulih dalam masa sebulan. Anggaran masa tidak kencing langsung adalah 3 hari.

    Gambar di atas menunjukkan kecederaan (pendarahan) pada pundi kencing dan salur kencing oleh urolith (batu karang ). 

    KES 2


    Kucing jantan dewasa yang pernah mengalami kencing berdarah 2 minggu sebelumnya. Pernah mendapat rawatan untuk masalah kencing berdarah di mana kucing perlu menjalani oral medication regime selama 3 minggu. Diberi makanan premium bercampur makanan komersial.

    Kucing sampai pada vet masih alert tetapi sedang demam, pucat dan pundi kencing yang sangat tegang dan besar berdiameter 10cm. Bernafas laju serta open mouth breathing menandakan ia berkeadaan sangat sakit serta kurang oksigen. 

    Pemilik baru sedar kucing tidak dapat kencing selama sehari tetapi dari keadaan pundinya, kucing tidak kencing selama 3 hari. Pemilik mengadu kucing tidak berselera serta susah untuk memberinya ubat.


    Rawatan sewajarnya diberikan dan kucing tetap tidak kencing selepas beberapa jam. Cubaan untuk memasukkan tiub dilakukan. 

    Tiub berjaya dimasukkan tetapi sudah terlambat. Air kencing didapati berdarah dan kucing sudahpun toxemia dan tidak dapat diselamatkan. Didapati kedua-dua ginjalnya membengkak menandakan ginjal sudah rosak.


    Kesimpulannya, kucing ini juga mempunyai batu karang yang menyumbat salur kencingnya. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya dia diberi makan hanya makanan premium serta mendapat ubatnya setiap hari selama 3 minggu seperti yang sepatutnya.


    Inilah diagram yang menunjukkan bagaimana batu karang boleh menyumbat salur kencing.

     Ini adalah rupa batu karang halus ( urine crystals ) apabila dilihat menggunakan mikroskop. Lihatlah hujung-hujungnya yang tajam dan inilah yang mengakibatkan kecederaan pada dinding pundi kencing dan salur kencing yang mengakibatkan kencing berdarah.






    Moral yang boleh diambil dari post kali ini ialah bawa haiwan anda untuk rawatan yang sewajarnya secepat mungkin apabila anda perhatikan mereka mula menunjukkan tanda-tanda kencing tidak lawas ataupun berdarah. 

    Jika kucing anda tidak kencing selama 3 hari, nyawanya dalam bahaya.
    Elakkan memberi kucing kesayangan kita makanan kucing komersial ( makanan kucing yang mudah didapati di kedai runcit, supermarket ).


    Akhir kata, terima kasih kepada sifu-sifu kami yang telah memberi pendapat tentang kes ini serta sesiapa juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kes-kes yang dikongsikan. Sekian.

    Thursday, August 12, 2010

    Takut sakit & berdarah kalau potong....

    Salam Ramadhan semua!!! Kali ni kita bincang pasal potong kuku kucing..

    Potong kuku kucing atau lebih sesuai dengan term trim tak akan menyakitkan mereka kalau kena dengan caranya.

    Kita perlu tahu bagaimana cara potong kuku kucing dengan betul. So, sebelum itu kita kene tahu serba sedikit tentang kuku kucing. 
    Sila lihat gambar di bawah:

    Perhatikan gambar kuku kucing ini. Nampak tak ada struktur berwarna merah jambu di pangkal kukunya?
    Itu adalah salur darah pada kuku kucing. Kita harus potong kuku kucing sebelum struktur berwarna pink tu...
    Tak clear sangat? Tengok ni pulak..
    Gambar di atas jelas menunjukkan di mana harus kita memotong kuku kucing (cut here). Quick adalah salur darah kuku di mana kita perlu elak dari terpotongnya. Jika tidak, ia akan berdarah.

    Persoalannya sekarang, nak potong dengan apa?
    Kalau nak potong kuku kucing, paling baik kita perlu gunakan pemotong kuku khas untuk pets seperti contoh di bawah:

    Dengan pemotong khas ini, kerja kita akan lebih mudah berbanding menggunakan pemotong kuku kita sendiri ataupun gunting. Risiko kecederaan pada kucing pun berkurang..

    Berikut adalah langkah2 untuk memotong kuku kucing:
    1. Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff belakang lehernya (seperti gambar di bawah bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.
    2. Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di atas).
    3. Kemudian dengan berhati2, potong kukunya satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya).
    Cara yang betul untuk scruff kucing yang kurang bekerjasama.
    Kenapa perlu potong kuku kucing? Tak ke dia susah nak defend diri sendiri?
    Ya, memang kucing perlukan kukunya untuk pertahanan diri ketika bergaduh dengan kucing lain, tetapi tidak dengan manusia.
    Keselamatan kita adalah paling utama dalam mengendalikan kucing. Kita perlu potong kuku kucing kerana kita tidak mahu tercedera ketika memberi dia ubat atau memandikannya. Lagipun, jika kukunya terlalu panjang dan tumbuh melengkung dengan kata lain overgrown, ia akan mencucuk dan mencederakan tapak kakinya sendiri dan menyebabkan luka. Dan yang paling penting, kita tidak mahu mendapat penyakit dari cakaran kucing. Penyakit seperti Cat Scratch Disease serta Tetanus boleh didapati dari cakaran kucing. Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.

    Akhir kata, selamat memotong kuku si comel anda dan Salam Ramadhan sekali lagi..

    Wednesday, August 4, 2010

    Pemandulan: Apa Yang Dibuang??

    Pernahkah soalan ini terpacul dari minda anda?

    Sebelum kam menjawab soalan itu, mari kita lihat anatomi sistem peranakan kucing.

    Kita mulakan dengan yang jantan:


    Merujuk gambar di atas,ia menunjukkan sistem reproduktif dan sistem perkumuhan (kencing) seekor kucing jantan. 2 sistem ini selalunya dikaitkan bersama kerana air kencing dan air mani kucing jantan keluar dari badan melalui saluran yang sama iaitu melalui penis (seperti dalam gambar).

    Buah pinggang adalah organ di mana darah 'ditapis' untuk menghasilkan air kencing yang kemudiannya berkumpul di dalam pundi kencing ( struktur seperti belon di dalam gambar).

    Testis adalah organ di mana sperma dihasilkan serta hormon testosteron berasal. Testosteron adalah hormon yang bertanggungjawab memberi rasa mahu mengawan kepada kucing jantan serta menyerlahkan ciri-ciri kejantanan mereka.

     Seterusnya, kucing betina pula. Rujuk gambar ini:




    Merujuk gambar di atas, ovari adalah di mana telur dihasilkan serta hormon estrogen dirembeskan. Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan kucing betina on heat atau miang yang boleh dihidu oleh kucing jantan sejauh 2 km!!

    Rahim adalah organ di mana telur yang disenyawakan bertempek dan menjadi fetus yang setelah 2 bulan menghasilkan anak-anak kucing.

    Kamus pemandulan haiwan;

    Pemandulan = Neutering
    Pemandulan Haiwan Jantan = Castration

    Gambar 1: sebelum pemandulan.

    Gambar 2: Selepas pemandulan. Gambar di atas jelas menunjukkan bahawa dalam pemandulan jantan, testis yang 'dibuang' (removed).

    Semestinya kedua-dua testis 'dibuang'. Ini kerana dengan ini barulah kucing tidak lagi mempunyai hormon testosteron yang menyebabkannya sangat bising apabila dikurung, hilang untuk beberapa hari, kurang makan dan luka-luka akibat bergaduh berebutkan 'girlfriend'.


    Pemandulan Haiwan Betina = Spay

    Gambar 1: sebelum pemandulan.

    Gambar 2: selepas pemandulan. Gambar di atas jelas menunjukkan ovari dan sebahagian rahim telah 'dibuang'. Ovari semestinya 'dibuang' kedua-duanya bagi menghentikan kucing dari  bersikap miang dan rahim juga perlu dibuang bagi mengelakkan kucing mengandung.

    --------

    Kembiri atau pemandulan haiwan bermaksud mengeluarkan organ reproduktif/ peranakan haiwan dari badan melalui sugeri.

    Proses yang berlaku adalah;

    1. Haiwan akan diperiksa terlebih dahulu. hanya haiwan sihat akan di'proceed' untuk surgeri pemandulan.

    2. Haiwan akan dibius mengikut dos berpandukan berat dan fisiologi. Haiwan yang obes dan garang memerlukan dos ubat bius yang lebih tinggi.

    3. Surgeri dilakukan di dalam keadaan aseptik, menggunakan peralatan-peralatan surgeri yang sesuai.

    4. Setelah selesai surgeri, haiwan akan diberi ubat tahan sakit dan antibiotik jika perlu. Ini bergantung kepada keadaan haiwan sepanjang surgeri dilakukan.

    --------

    Di HoneyVets, kami mewajibkan kucing yang ingin dimandulkan supaya mendapat suntikan pelalian atau vaksinasi terlebih dahulu. Ini untuk mengurangkan risiko haiwan terkena jangkitan kuman selepas surgeri yang boleh membawa maut.

    Sekian untuk kali ini. Semoga info ini bermanfaat buat kalian. 

    Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca nukilan ini.

    P/S: Anjing dan arnab juga melalui proses yang sama bagi kedua-dua jantina.

    =====

    Monday, August 2, 2010

    Berapa Umur Kucing Anda?

    Tahukah anda untuk menanggar umur kucing kita boleh dilihat pada giginya?
    Ya! Struktur gigi amat penting dalam pengiraan umur. Hatta dalam manusia pun struktur gigi adalah antara komponen penting dalam bidang forensik.

    Soalan lazim yang selalu diajukan pada saya seperti "Doktor, saya baru ambil kucing ini. Tak taula berapa umurnya". Ada juga senario di mana seorang pemilik baru sahaja membeli seekor kucing yang dimaklumkan padanya masih anak kucing (kurang 6 bulan), ternyata dia ditipu setelah kami memeriksa giginya dan kucing itu sebenarnya sudahpun dewasa. Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk menulis post ini.



    Ini adalah struktur gigi karnivor. Dimana Incisor adalah gigi kacip dan Canines adalah gigi taring. 2 jenis gigi inilah selalu yang digunakan untuk mengira/menganggar umur kucing. Molar dan premolar adalah gigi geraham.

    Tetapi sebelum kita belajar menganggar umur kucing, kita perlu tahu beza antara gigi susu dan gigi kekal. Ini kerana dengan dapat membezakan 2 jenis gigi inilah kita akan dapat menganggar umur kucing dengan lebih baik.

    Gigi susu mempunyai ciri2 seperti lebih kecil dan warna yang keputihan seperti susu. Kita dapat melihat gigi susu tumbuh berjarak antara satu sama lain dan lebih nyata pada gigi kacip. manakala, gigi kekal bersaiz lebih besar dan mempunyai warna agak kekuningan sedikit (offwhite). Gigi kacip yang kekal tumbuh rapat2 antara satu sama lain tanpa ada ruang pemisah antara mereka.

    Jika anda lihat gambar di atas dan di bawah, ada 3 pasang gigi kacip dan sepasang gigi taring. Saya tidak akan menyentuh tentang gigi geraham di dalam perbincangan ini. Saya akan melabel setiap pasang gigi kacip untuk memudahkan penerangan seterusnya:


    Oleh itu, berikut adalah cara menganggar umur kucing melalui gigi:

    Semua gigi susu tumbuh (K1-K3 & TARING) => 2 bulan
    K1 tukar gigi kekal => 3 bulan
    K2 tukar gigi kekal => 4 bulan
    K3 tukar gigi kekal => 5 bulan
    TARING tukar gigi kekal => 6 bulan

    * Umur yang dinyatakan adalah anggaran (lebih kurang)

    CONTOH:
    Gambar ini menunjukkan haiwan ini mempunyai 2 gigi taring pada rahang atasnya. Gigi taring yang lebih kecil adalah gigi susu. Bolehkah anda bezakan gig taring susu dan kekal dalam gambar ini?
    Haiwan ini sudah adalah berumur lebih kurang 6 bulan.

    Anak kucing ini berumur lebih kurang 2 bulan. Semua gigi yang ditunjukkan adalah gigi susu.
    Lihatlah gigi kacip yang tumbuh agak jarang antara satu sama lain.


    Ini adalah contoh gigi kekal. Lihat betapa besar gigi taring kekal berbanding gigi taring susu. igi kacip kekal tumbuh rapat2 antara satu sama lain.

    Dengan itu, sekian post kali ini. Diharap banyak info bermanfaat yang dapat digarap. Terima Kasih.

    P/S: Anjing juga menggunakan kaedah yang sama dalam menganggar umur.